Siklon Tropika Trami: Malaysia hulur bantuan kemanusiaan dan bencana kepada Filipina
- Admin UKK
- Berita
Malaysia menghantar aset Tentera Udara Diraja Malaysia iaitu Helikopter EC725 bersama 16 kru ke Filipina untuk misi bantuan kemanusiaan dan bencana selepas negara itu dilanda siklon tropika Trami, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Susulan itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara bersama-sama Kementerian Pertahanan, Kementerian Luar Negeri, Angkatan Tentera Malaysia dan Malawakil Malaysia di Filipina telah melaksanakan koordinasi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana. “Seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar keadaan di Filipina segera pulih dan segala usaha bantuan yang diberikan dapat membantu meringankan beban mangsa-mangsa yang terjejas,“ katanya.
Siklon Tropika Trami: Malaysia hulur bantuan kemanusiaan dan bencana kepada Filipina
- Admin UKK
- Berita
PUTRAJAYA: Malaysia menghantar aset Tentera Udara Diraja Malaysia iaitu Helikopter EC725 bersama 16 kru ke Filipina untuk misi bantuan kemanusiaan dan bencana selepas negara itu dilanda siklon tropika Trami, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata pasukan itu berlepas dari Pangkalan Udara Labuan dan tiba Pangkalan Udara Villamor di Manila pada 2.48 petang tadi dengan tempoh penugasan selama lapan hari iaitu hingga 2 Nov depan.
Ahmad Zahid berkata misi itu digerakkan selepas Filipina pada Khamis mengemukakan nota diplomatik kepada Kedutaan Malaysia di Manila untuk bantuan kemanusiaan dan bencana dalam bentuk aset udara serta logistik bagi penghantaran barangan bantuan ke kawasan terjejas.
“Susulan itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara bersama-sama Kementerian Pertahanan, Kementerian Luar Negeri, Angkatan Tentera Malaysia dan Malawakil Malaysia di Filipina telah melaksanakan koordinasi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana.
Laporan Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan Bagi Pengurusan Bencana ASEAN merekodkan tujuh kematian manakala sejumlah 197,000 mangsa dipindahkan dan kira-kira 2.8 juta penduduk terjejas akibat bencana itu.
Semalam, media antarabangsa melaporkan angka korban akibat Trami yang membadai Filipina minggu ini meningkat kepada 46 orang dan sekurang-kurangnya 20 lagi masih hilang.
Trami, taufan ke-11 yang melanda Filipina tahun ini, melintasi Luzon dan mengakibatkan kemusnahan besar dengan bencana banjir serta tanah runtuh di Bicol dan Calabarzon.
PUTRAJAYA: Tragedi tsunami berupaya memperkukuh komitmen dan kesalinghubungan antara negara ASEAN dan rantau ini tentang keperluan mendesak agar setiap usaha berterusan diselaraskan bagi mengurangkan risiko bencana alam.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, tsunami turut menjadi lebih signifikan bagi pihak berkepentingan untuk mempertingkatkan kesiapsiagaan, kedayatahanan, mitigasi dan kebolehsesuaian dalam menghadapi bencana.
“Hari ini saya telah menghadiri majlis Memperingati 20 Tahun Tsunami Lautan Hindi dan Hari Pengurusan Bencana ASEAN di Taman Mahkota Jubli Emas, Bandar Seri Begawan, Brunei, yang diadakan selepas Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pengurusan Bencana (AMMDM) kali ke-12.
Ahmad Zahid menghadiri majlis itu dengan diiringi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Datuk Mohd Aini Atan dan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Khairul Shahril Idrus.
Sebelum majlis berlangsung, Ahmad Zahid serta wakil dari negara anggota ASEAN telah menanam pokok sebagai simbolik terhadap semangat pemulihan yang berkekalan dan tanda penghormatan untuk daya tahan alam semula jadi serta komuniti yang terjejas.
Selain delegasi dari Malaysia, majlis itu turut dihadiri Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Brunei Datuk Seri Setia Awang Ahmaddin Abdul Rahman.
Brunei merupakan Pengerusi bagi AMMDM kali ke-12 yang diadakan selama tiga hari bermula semalam bertemakan “Membangunkan ASEAN yang Berdaya Tahan melalui Pemulihan Bencana yang Inklusif dan Mampan”.
Mesyuarat itu berperanan sebagai forum untuk bertukar pandangan mengenai pelbagai isu strategik dan terkini serta membincangkan kemajuan semasa dan status perkembangan program di bawah Perjanjian ASEAN mengenai Pengurusan Bencana dan Tindak Balas Kecemasan (AADMER) 2021-2025.
Penyertaan Ahmad Zahid dalam AMMDM kali ke-12 itu mencerminkan komitmen Malaysia untuk terus memperkukuh hubungan diplomatik dengan negara ASEAN serta memperkuat daya tahan rantau ini terhadap bencana alam sekali gus mengerat hubungan dengan rakyat Malaysia yang berada di luar negara.-BERNAMA
PUTRAJAYA, 25 OKT: Tragedi tsunami berupaya memperkukuh komitmen dan kesalinghubungan antara negara Asean dan rantau ini tentang keperluan mendesak agar setiap usaha berterusan diselaraskan bagi mengurangkan risiko bencana alam, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menerusi kenyataan hari ini, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata tsunami turut menjadi lebih signifikan bagi pihak berkepentingan untuk mempertingkatkan kesiapsiagaan, kedayatahanan, mitigasi dan kebolehsesuaian dalam menghadapi bencana.
“Hari ini saya telah menghadiri majlis Memperingati 20 Tahun Tsunami Lautan Hindi dan Hari Pengurusan Bencana Asean di Taman Mahkota Jubli Emas, Bandar Seri Begawan, Brunei, yang diadakan selepas Mesyuarat Menteri-Menteri Asean Mengenai Pengurusan Bencana (AMMDM) kali ke-12.
“Majlis ini bagi mengimbau kenangan pahit tragedi tsunami yang meragut lebih 230,000 nyawa di 14 negara, selain memberi impak bencana yang besar kepada komuniti di Asia Tenggara dan rantau Lautan Hindi,” katanya dan menambah majlis itu amat signifikan kerana bencana tsunami pada 2004 telah membentuk semula kaedah menangani dan mengurus risiko bencana.
Ahmad Zahid menghadiri majlis itu dengan diiringi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Datuk Mohd Aini Atan dan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) Datuk Khairul Shahril Idrus.
Sebelum majlis berlangsung, Ahmad Zahid serta wakil dari negara anggota Asean telah menanam pokok sebagai simbolik terhadap semangat pemulihan yang berkekalan dan tanda penghormatan untuk daya tahan alam semula jadi serta komuniti yang terjejas.
Selain delegasi dari Malaysia, majlis itu turut dihadiri Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Brunei Datuk Seri Setia Awang Ahmaddin Abdul Rahman.
Brunei merupakan Pengerusi bagi AMMDM kali ke-12 yang diadakan selama tiga hari bermula semalam bertemakan “Membangunkan Asean yang Berdaya Tahan melalui Pemulihan Bencana yang Inklusif dan Mampan”.
Mesyuarat itu berperanan sebagai forum untuk bertukar pandangan mengenai pelbagai isu strategik dan terkini serta membincangkan kemajuan semasa dan status perkembangan program di bawah Perjanjian Asean mengenai Pengurusan Bencana dan Tindak Balas Kecemasan (AADMER) 2021-2025.
Penyertaan Ahmad Zahid dalam AMMDM kali ke-12 itu mencerminkan komitmen Malaysia untuk terus memperkukuh hubungan diplomatik dengan negara Aseanserta memperkuat daya tahan rantau ini terhadap bencana alam sekali gus mengerat hubungan dengan rakyat Malaysia yang berada di luar negara.
-BERNAMA
SAREX Panorama Langkawi Uji Tahap Kesiapsiagaan Agensi Penyelamat Menghadapi Bencana
- Admin UKK
- Berita
LANGKAWI, 25 Okt (Malaysiaaktif) – Jabatan dan agensi penyelamat di daerah ini telah bekerjasama dengan pihak pengurusan Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB) bagi mengadakan latihan menyelamat Search and Rescue Exercise (SAREX) PLSB 2024 di Langkawi SkyCab, di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari yang merupakan Ketua Komander Operasi Bencana, berkata latih amal pengurusan dan pengendalian bencana yang melibatkan semua agensi kerajaan, diadakan bertujuan memastikan kesiapsiagaan agensi dalam menghadapi bencana.
“Latihan ini bertujuan meningkatkan tahap kesiapsiagaan kakitangan PLSB serta koordinasi bersama pihak agensi penyelamat dalam menghadapi situasi bencana dengan berpandukan Arahan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) No. 1,” ujarnya.
Pegawai Daerah Langkawi Mohamad Subhi Abdullah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), berkata latihan yang diadakan dapat memastikan setiap agensi yang terlibat bekerjasama dalam usaha untuk menyelamat dengan menggunakan aset-aset serta peralatan khas milik agensi tersebut bagi memastikan operasi menyelamat mangsa dapat dijalankan dengan sempurna dan terancang.
“Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat dalam latihan yang diadakan pada hari ini dan berharap kita semua dapat memastikan semua anggota, jentera dan aset masing-masing sentiasa dalam keadaan kesiapsigaan sekiranya berlaku apa-apa bencana di daerah Langkawi,” katanya.
Seramai 142 orang anggota penyelamat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Angota Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terlibat dalam latihan tersebut.
Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan) Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Wan Kamarul Faisal Wan Kamardin, Ketua Zon Langkawi Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi Mohd Zamri Abdul Ghani dan Pegawai Pertahanan Awam Langkawi, Kapt. (PA) Khairul Afzan Md Yasin.