OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Hujan lebat landa 12 negeri sampai malam

Hujan lebat landa 12 negeri sampai malam

PETALING JAYA – Hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda 12 negeri pada petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan, amaran ribut petir dikeluarkan di kawasan yang terlibat hingga 8 malam nanti.

Katanya, cuaca buruk itu dijangka berlaku di seluruh negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Melaka.

“Amaran sama juga dikenakan di beberapa daerah di Pulau Pinang iaitu di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

“Hujan lebat berserta ribut petir turut diramalkan melanda Jeli dan Gua Musang di Perak manakala di Pahang, kawasan terlibat ialah di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh) • Selangor,” katanya.

Sementara itu, amaran sama juga dikeluarkan bagi daerah Jelebu, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan.

“Amaran ribut petir itu turut melibatkan daerah di Johor seperti Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

“Bagi negeri Sarawak pula, kawasan yang dikenakan amaran sama ialah Sri Aman, Sarikei (Julau), Sibu, Mukah (Mukah), Kapit (Kapit), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Beluru dan Marudi) dan Limbang. -KOSMO! ONLINE

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search