OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Gallery

Gempa bumi landa Utara Laut Maluku

PETALING JAYA – Gempa bumi sederhana melanda Utara Laut Maluku pada pukul 8.51 pagi tadi.

Menerusi satu hantaran daripada Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), gempa kuat tersebut berukuran 5.7 skala magnitud.

“Kejadian berlaku di 0.4 darjah Utara dan 125.0 darjah Timur dengan kedalaman 57 kilometer (km). Ia terjadi 105km Selatan dari Tomohon,Indonesia,” katanya.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan kepada Malaysia lanjutan daripada kejadian itu. -KOSMO! ONLINE

211 victims still at relief centres in Johor and Sabah

KUALA LUMPUR — A total of 211 flood victims are still at relief centres in Sabah and Johor as of 8 am today.

In SABAH, the Secretariat of the State Disaster Management Committee said that the number of flood victims increased slightly to 155 people from 54 families this morning, compared with 152 people (54 families) yesterday.

 

“Six villages are still affected by floods in Beaufort, and all the victims are at a permanent relief centre (PPK) in Selagon, Beaufort,” it said.

In JOHOR, State Disaster Management Committee chairman Tan Sri Dr Azmi Rohani, in a statement, said the number of flood victims remained at 56 people, involving 17 families, this morning and they are at two temporary relief centres (PPS) which were opened in Segamat since last Monday.

The PPS at Balai Raya Kampung Batu Badak accommodates 41 victims from 12 families, while the remaining 15 victims (five families) are at the PPS at Dewan Komuniti Kampung Tasek. — BERNAMA

S. Korea worker found dead days after metro construction site collapse

SEOUL: A South Korean worker was found dead Wednesday (April 16) at the site of a new metro line which collapsed last week near the capital Seoul, officials said.

Rescuers struggled to locate the man in his 50s after Friday's accident in the city of Gwangmyeong, southwest of the capital.

"The (body of the) missing person was recovered around 8:11pm (1111 GMT)" and was being transported to hospital, Hong Geon-pyo, from Gwangmyeong Fire Station, told journalists.

"I extend my condolences to the bereaved family," Gwangmyeong Mayor Park Seung-won said.

 

 

A second trapped worker was rescued around 13 hours after the incident, which authorities said happened during "tunnel reinforcement work".

The construction site was part of an underground transit project connecting Seoul's Yeouido district to Ansan and Siheung in Gyeonggi province.

The collapse had prompted city authorities to temporarily evacuate around 2,300 residents living nearby due to concerns about additional damage.

The incident came just weeks after one person was killed when a massive sinkhole opened up in Seoul.

The sinkhole accident took place at a site where extension work for a different metro line was underway. - AFP

Gempa bumi landa Selatan Bali, Indonesia

PETALING JAYA – Satu gempa bumi sederhana melanda Selatan Bali, Indonesia pada pukul 12.34 tengah hari tadi.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan, gempa tersebut berukuran 5.3 magnitud.

“Kejadian berlaku di 11.5 darjah Selatan dan 115.7 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer (km). Ia terjadi 321km Selatan dari Denpasar, Indonesia,” katanya.
 
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia lanjutan daripada kejadian itu. – KOSMO! ONLINE

Bimbang salur paip gas terlalu hampir dengan bangunan

KUALA LUMPUR: Warga kota bimbang dengan pembangunan pesat di ibu kota yang terlalu hampir dengan saluran paip gas bawah tanah.

Rata-rata warga kota ditemui, mahu pihak berwajib mengambil langkah keselamatan menyeluruh melindungi keselamatan saluran paip gas itu khususnya di sekitar Kampung Bharu, bagi mengelak tragedi letupan paip gas di Putra Heights berulang.

Pengerusi Pangsapuri Kampung Bharu, Mohd. Haniff Bahari, 35, berkata, kewujudan saluran paip itu hanya disedari selepas berlaku insiden letupan di Putra Heights, baru-baru ini.

“Selepas kejadian itu, saya jadi lebih cakna dengan papan tanda di kawasan bandar, termasuk sekitar Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Namun, papan tanda yang ada terlalu kecil dan tersembunyi di celah-celah pokok. Sukar untuk orang nampak dan baca,” katanya.

Beliau turut mendakwa majoriti penduduk di Kampung Bharu tidak mengetahui kewujudan saluran paip tersebut dan pihak berkuasa digesa proaktif memberi kesedaran kepada masyarakat.

“Pihak berwajib kena ambil iktibar daripada kejadian di Putra Heights. Jangan tunggu sampai tragedi berlaku, baru bertindak. Gunakan media sosial atau saluran rasmi untuk beri maklumat kepada orang ramai,” katanya.

Tegasnya belum ada mana-mana pihak datang memberi taklimat keselamatan atau memaklumkan tentang lokasi saluran paip gas di situ.

Sementara itu, Penyelia Pangsapuri Kampung Bharu, Mokhtar Ibrahim, 67, berkata, papan tanda sahaja tidak cukup untuk menjamin keselamatan saluran paip gas yang ada di sekitar kawasan itu.

“Papan tanda tidak me­nunjukkan arah saluran paip. Kalau ada projek korek tanah, tidak mustahil insiden di Putra Heights akan berulang.

“Sebagai penduduk tetap di Kampung Bharu, saya sangat bimbang dengan situasi terkini di sini yang tidak boleh dijamin selamat sepenuhnya,” katanya.

Penuntut Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Nik Muhammad Aiman Hakimi Marzuki, 22, mengakui tidak menyedari kewujudan papan tanda amaran gas di kawasan universiti itu.

“Saya baru tahu tentang papan tanda itu semasa ditemu bual dan memang risau kalau jadi apa-apa. Kawasan bandar ini sangat berisiko, kalau berlaku letupan, nyawa ribuan orang mungkin terancam.

“Saya risau nasib saya dan kawan-kawan selepas ini jika tragedi letupan gas berulang,” katanya.

Pesara swasta, Stephen Lye, 58, berkata pihak berkuasa dan syarikat terlibat seperti Petronas perlu mengambil langkah proaktif dalam menjamin ke­selamatan awam membabitkan saluran paip gas.

“Sepatutnya ada pelindung atau pagar yang kukuh, dan lokasi saluran gas dikaji semula supaya tidak terlalu dekat de­ngan kawasan awam,” katanya.

Ujarnya, kejadian lubang benam yang berlaku di Masjid India dan letupan paip gas di Putra Heights baru-baru ini turut mendatangkan kebimba­ngan kepada penduduk di sekitar Kampung Bharu.

“Walaupun atas jalan nampak dalam keadaan yang baik, tetapi fizikal (paip gas) bawah jalan tersebut tiada siapa yang tahu, selain pihak berkenaan,” katanya. – UTUSAN

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search