OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Gallery

RM1.5 mln flood mitigation project underway along Jalan Kong Yit Khim in Sibu

SIBU (June 17): Upgrading work has commenced on a one-kilometre flood-prone section of Jalan Kong Yit Khim between KM9 and KM10 in the Salim-Stabau area, at a cost of approximately RM1.5 million.

Sibu Public Works Department (JKR) assistant engineer Sofia Ma’soud said the project, funded through the state disaster fund, is scheduled for completion within four months but may finish ahead of schedule.

“The upgrading work on this stretch is currently ongoing.

“Besides that, there are four other (flood prone) portions along Jalan Kong Yit Khim already approved (for upgrading),” Sofia told reporters during the site inspection yesterday.

In Kanowit’s Penyulau area, she said four similar flood-prone stretches have been approved and are currently in the design stage, with completion targeted for this year.

Progressive Democratic Party (PDP) Dudong Division chairman Datuk Teo Boon Siew expressed gratitude to PDP president Dato Sri Tiong King Sing for helping secure the project funding.

“I am very thankful that the upgrading works have started on the one-kilometer section from kilometer 9 to 10 along Jalan Kong Yit Khim (Salim-Stabau area).

“This is one of five portions inundated during flooding earlier this year,” he recalled.

Also present during the site visit was Sibu Rural District Council (SRDC) councillor Paul Teo.

Sistem PRIME tingkat siap siaga hadapi situasi bencana

CYBERJAYA: Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak (PRIME) dilancarkan bertujuan meningkatkan tahap kesiapsiagaan untuk berdepan dengan situasi bencana dan kecemasan di tempat awam.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, PRIME merupakan sistem komunikasi bersepadu bergerak yang direka khusus untuk menyokong operasi bantuan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) serta pasukan penyelamat.

Menurutnya, PRIME mengga­bungkan pelbagai teknologi se­perti satelit, selular, radio mudah alih, Wi-Fi dan dron, serta berkeupayaan menyediakan ke­tersambungan komunikasi yang boleh dipercayai dan fleksibel mengikut keperluan operasi di lokasi yang mencabar.

“Ini merupakan usaha pihak MCMC untuk membantu agensi termasuk NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara) bagi memastikan di kawasan-kawasan operasi bencana, aspek komunikasi dapat terus kita uruskan dengan baik, bukan hanya untuk para petugas tetapi juga untuk mangsa atau pun mereka yang diselamatkan.

“Kita harap PRIME ini akan dapat membantu urusan penye­diaan saluran komunikasi terutama bagi pasukan-pasukan pe­tugas,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran PRIME di sini semalam.

Dari segi teknikal, PRIME direka dengan keupayaan untuk menggabungkan sambungan sa­telit dan rangkaian selular bagi membolehkan capaian Internet berkelajuan tinggi disediakan secara lebih stabil dan efisien.

Bagi liputan Internet, ia boleh mencapai sejauh 150 meter di sekeliling kenderaan PRIME, de­ngan sokongan titik capai­an Wi-Fi yang berfungsi untuk memperluas jangkauan apabila perkhidmatan diperlukan, sela­in turut dilengkapi dengan sis­tem radio mudah alih yang memboleh­kan komunikasi di kawasan yang langsung tiada liputan. – UTUSAN

40 rumah di 7 kampung di Baling dilanda banjir kilat

BALING: Hujan lebat berterusan lebih dua jam sejak jam 7 malam tadi menyebabkan 40 rumah di tujuh kampung di daerah ini dilanda banjir kilat.

Antara kampung terjejas adalah Kampung Paya, Kampung Siput, Kampung Dusun Ghani, Kampung Banggol Derom, Kampung Haji Abas, Kampung Lubok Pedati berikutan limpahan air Sungai Ketil.

Banjir kilat itu turut menyebabkan kawasan rumah penduduk terbabit dinaiki air sehingga paras buku lali dan ada juga di paras lutut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 9.38 malam di Kampung Kedua, di sini.

Beliau berkata, sepasukan enam anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan I Samsari Ibrahim tiba di lokasi tidak lama kemudian untuk melakukan pemantauan.

 

"Sekiranya limpahan air terus meningkat, berkemungkinan paras air di tujuh kampung itu terus meningkat.

"Setakat ini tiada pusat pemindahan (PPS) dibuka dan tiada mangsa yang dipindahkan dari kediaman mereka.

"Buat masa sekarang hujan sudah berhenti, namun anggota bomba tetap melakukan pemantauan di kawasan yang dinaiki air," katanya di sini hari ini.

Zulkhairi berkata, anggotanya turut menasihatkan penduduk supaya bersedia untuk berpindah sekiranya paras air semakin meningkat dan hujan lebat berterusan.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search