PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Infografik

BNPB gesa siasat kebakaran ‘sengaja’ di 44 kawasan Sumatera Selatan

JAKARTA: Agensi Pengurusan Bencana Nasional Indonesia (BNPB) menggesa pihak berkuasa menyiasat kemungkinan kebakaran hutan dan tanah dilakukan secara sengaja selepas mengenal pasti 44 kawasan hutan dan ladang yang terjejas di Sumatera Selatan menerusi pemetaan yang disemak dengan data agensi pengurusan tanah.

Ketua BNPB, Kristomei Sianturi berkata, kawasan terbakar itu merangkumi ladang kelapa sawit, hutan tanaman industri, unit pengurusan hutan dan kawasan hutan yang dilindungi.

Kebanyakan titik panas dikesan berhampiran sempadan kawasan yang mempunyai permit penukaran guna tanah, sekali gus menimbulkan kemungkinan pembukaan atau peluasan kawasan secara sengaja.

Beliau menggesa pihak penguat kuasa menyiasat pihak yang bertanggungjawab, termasuk individu dan syarikat, sambil menegaskan hukuman berat penting bagi mencegah kejadian berulang serta memastikan usaha memadamkan kebakaran tidak sia-sia.

“Usaha keras kita tidak akan berhasil jika tindakan memadamkan kebakaran tidak diselaraskan. Seorang memadamkan api, seorang lagi menyalakan api, kemudian kebakaran berlaku semula,” katanya.

Beliau menegaskan arahan Presiden, Prabowo Subianto supaya kerjasama merentas sektor diperkukuh, termasuk di Sumatera Selatan yang merupakan antara enam wilayah keutamaan bagi pencegahan kebakaran hutan dan tanah gambut.

Katanya, kebakaran hutan dan tanah tidak boleh ditangani secara berasingan, sebaliknya memerlukan penyelarasan rapat antara kementerian, agensi dan kerajaan tempatan, selain memastikan program kerajaan pusat selari dengan pelaksanaan di peringkat wilayah.

BNPB turut menggesa Badan Pemulihan Gambut dan Bakau (BRGM) membangunkan penyelesaian jangka panjang bagi kawasan gambut, termasuk pembinaan saluran air untuk mengekalkan kelembapan tanah gambut di enam wilayah keutamaan, iaitu Riau, Jambi, Sumatera Selatan dan tiga wilayah di Kalimantan.

“Kita mesti bekerjasama. Kementerian, agensi dan kerajaan tempatan perlu menyelaraskan tindakan, dengan program kerajaan pusat dan wilayah bergerak seiring,” kata Kristomei.

Beliau berkata, ribuan anggota pasukan gabungan dan helikopter masih dikerahkan untuk memadamkan kebakaran, sambil menambah penilaian berkala perlu dilakukan bagi memastikan penempatan anggota serta penggunaan peralatan berjaya mengurangkan jumlah titik panas.-AGENSI

Kebakaran Indonesia hampir 12 kali ganda keluasan London

JAKARTA: Lebih 1.9 juta hektar kawasan di Indonesia terbakar dalam tempoh Januari hingga akhir September tahun ini, menurut analisis imej satelit oleh organisasi pemantau alam sekitar, Nusantara Atlas.

Pengasas Nusantara Atlas, David Gaveau, berkata keluasan kawasan terbakar yang dianggarkan 1,916,588 hektar itu hampir 12 kali ganda keluasan London, namun angka sebenar berkemungkinan lebih tinggi.

Beliau berkata, anggaran itu masih konservatif berikutan jerebu tebal yang menyukarkan pengesahan imej satelit, selain kaedah pengiraan yang mengecualikan kawasan kebakaran individu kurang daripada 6.25 hektar.

“Anggaran keluasan kawasan terbakar kami adalah konservatif atas dua sebab. Pertama, kami tidak mengambil kira kawasan kebakaran individu kurang daripada 6.25 hektar. Kedua, kami mengutamakan usaha mengelakkan pengesanan yang tidak tepat,” katanya.

Sementara itu, kerajaan Indonesia belum mengeluarkan angka rasmi keluasan kawasan terbakar selepas melaporkan kira-kira 202,000 hektar kawasan musnah akibat kebakaran sehingga akhir Julai lalu.

Gaveau berkata, pengiraan tahun ini turut terjejas apabila jerebu tebal menghalang penglihatan imej satelit pada waktu tertentu.

“Justeru, jumlah keluasan kawasan terbakar yang dilaporkan adalah lebih rendah daripada keluasan sebenar,” katanya.

Bagaimanapun, data Nusantara Atlas menunjukkan keluasan kawasan terbakar sehingga akhir September tahun ini adalah 38 peratus lebih tinggi berbanding tempoh sama pada 2019.

Data perbandingan dengan kebakaran besar pada 2015 tidak tersedia kerana satelit yang digunakan organisasi pemantau itu belum beroperasi ketika kejadian berkenaan.

Namun, Gaveau berkata, keadaan kebakaran tahun ini berkemungkinan seteruk pada 2015.

“Pada pandangan saya, keadaan tahun ini berkemungkinan sama buruk. Jika dilihat pada jumlah titik panas yang dikesan, trendnya terus meningkat,” katanya.- AFP

Polis siasat siapa tanam sawit di tanah bekas kebakaran hutan

JAKARTA   – Polis  bersama pegawai tempatan  memasang pita larangan  menanam dan berkebun di tanah bekas kebakaran hutan di Dharmasraya, wilayah Sumatera Barat, lapor laman berita detiknews hari ini.

Pemasangan pita larangan  itu dilakukan berikutan penemuan anak-anak pokok kelapa sawit ditanam di lokasi tersebut.

Kejadian berlaku pada Jumaat lalu di bawah pengawasan ketua polis Dharmasraya, AKBP Kartyana Widyarso Wardoyo Putro bersama pentadbir tempatan, Annisa Suci Ramadhani.

Langkah memasang halangan itu dinyatakan dalam akaun rasmi Annisa Suci. Beliau bersama anggota dan pegawai  polis  memeriksa kawasan bekas kebakaran hutan itu dan  menemukan anak pokok kelapa  sawit yang baru ditanam.

“Sudah ada anak pokok  sawit. Membakar, apalagi di kawasan hutan. Bagaimana ini berlaku, siapa yang menanam ini?” tanya Annisa.

Menurutnya, kawasan hutan itu  terbakar sejak pertengahan Ogos tahun ini. Dia kemudian meminta pokok sawit yang ditanam segera dicabut dan diganti dengan tanaman hutan. – AGENSI 

‘Not a national disaster’: Indonesia holds back foreign offers to fight fires, haze

KUALA LUMPUR — Indonesia is not accepting foreign assistance to fight its widespread forest and land fires as the situation has not been declared a national disaster, an official has said.

Coordinating Minister for Political and Security Affairs Dudung Abdurachman said the Indonesian government remains confident in its capability to manage the crisis with its own resources.

“For now, we are still capable. Our country is still capable,” he told a press conference on Monday, Bernama reports.

“It is not a question of assistance, but there are also many technical challenges on the ground, including fuel distribution and other logistical issues,” he said.

Acknowledging Malaysia’s offer for assistance, he said Indonesia would accept it if a national disaster is declared.

On Sunday, Malaysian Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim reaffirmed Malaysia’s readiness to assist Indonesia, and said Malaysia had proposed an ASEAN-level cooperation mechanism to strengthen coordination, preparedness, and collective action against transboundary haze.

Earlier today, Malaysia’s Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi reiterated Malaysia’s readiness to mobilise assets including a Bombardier CL-415MP aircraft, three helicopters, and 50 personnel, pending official approval from Indonesia.

The offer was initially made during Ahmad Zahid’s meeting with Indonesian President Prabowo Subianto in Hambalang, West Java, on Sept 18. The Indonesian leader welcomed the offer.

On Oct 15, Indonesia’s Foreign Minister Arrmanatha Nasir reportedly said President Prabowo Subianto had approved offers of assistance from neighbouring countries to help combat widespread forest and land fires, and the National Disaster Management Agency (BNPB) was holding technical-level discussions on its implementation.

As of 8pm today, 27 areas in Malaysia recorded unhealthy air pollutant index (API) readings (between 101 to 200 API), mostly in Johor, Melaka, Selangor, Negeri Sembilan and Kuala Lumpur. 

It was reported earlier today that the number of fire hotspots across Indonesia had more than quadrupled to 1,104 on yesterday (Sunday), compared to the day before.

Kalimantan has the highest number of hotspots as it has had the most prolonged forest and land fires.

Central Kalimantan and West Kalimantan are considered among six priority areas for firefighting operations, alongside South Sumatra, South Kalimantan, Jambi and Riau, Indonesian authorities said.

Air quality deteriorated to very unhealthy and hazardous levels across much of Central Kalimantan, while West, South and East Kalimantan recorded unhealthy to very unhealthy conditions. – October 19, 2026

778 sukarelawan daripada 18 UA bantu mangsa banjir di Pangkor

PANGKOR: Seramai 778 sukarelawan daripada 18 universiti awam (UA) seluruh negara digerakkan menerusi Misi Sukarelawan Mega @ Pangkor bagi membantu penduduk yang terjejas akibat banjir kilat di Pulau Pangkor.

Pengerusi Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor Universiti Awam merangkap Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff, berkata misi melibatkan 625 pelajar dan 153 staf itu turut menyalurkan 520 sumbangan bakul makanan, toto, bantal dan makanan retort bagi meringankan beban mangsa yang terjejas.

Beliau berkata penglibatan pelbagai universiti dalam misi berkenaan mencerminkan semangat kebersamaan institusi pendidikan tinggi dalam membantu masyarakat yang berdepan musibah.

"Semangat kebersamaan ditunjukkan seluruh universiti awam hari ini membuktikan bahawa institusi pengajian tinggi tidak pernah terpisah daripada nadi masyarakat.

"Misi Sukarelawan Mega di Pangkor ini ialah penterjemahan solidariti kita untuk bersama-sama mendepani ujian yang dihadapi rakyat," katanya.

Banjir kilat berlaku susulan hujan lebat berterusan kira-kira dua jam bermula 4 pagi, menyebabkan air naik dengan cepat sehingga memasuki kediaman penduduk sebelum beransur surut sekitar 9 pagi.

Menurut Dr Md Amin, bagi memastikan bantuan dapat disampaikan secara teratur, sukarelawan dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kawasan agihan bantuan dan kerja pembersihan yang melibatkan sekurang-kurangnya 150 kediaman.

"Kawasan terlibat ialah Kampung Masjid yang melibatkan 100 rumah, Kampung Teluk Kecil (10 rumah), Kampung Sungai Pinang Besar (10 rumah), Kampung Cina Sungai Pinang (30 rumah) dan Kampung Cina Pangkor," ujar beliau.

Sementara itu, Pengerusi Timbalan-Timbalan Naib Canselor dan Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Awam merangkap Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI, Prof Dr Norkhalid Salimin berkata penyelarasan menerusi Majlis Sukarelawan Universiti Malaysia (MASKUM) membolehkan tenaga sukarelawan daripada pelbagai universiti digembleng dalam tempoh singkat.

Beliau berkata penglibatan Pasukan ResQ UPSI bersama kekuatan logistik dan kepakaran dalam pembersihan bencana turut membantu melancarkan pergerakan serta operasi di lapangan.

"Kehadiran Pasukan ResQ UPSI bersama kekuatan logistik dan latihan khusus pembersihan bencana turut menjadi tulang belakang yang melancarkan pengurusan pergerakan serta operasi menyelamat di lapangan," katanya.

Dalam pada itu, wakil pelajar UPSI, Muhammad Hassan Sheikh Alrisid Movidin, 21, berkata kesediaan mahasiswa daripada pelbagai universiti untuk turun padang menunjukkan komitmen mereka dalam membantu masyarakat yang ditimpa musibah.

Seorang peserta misi daripada Universiti Utara Malaysia (UUM), Muhammad Amir Hakimi Mohd Raizol, 20, pula berkata pengalaman menyertai misi berkenaan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan membantu golongan yang memerlukan tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama.

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search