PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Infografik

Malaysia’s SMART rescue team prepares for United Nations reclassification, aims to retain status

PUTRAJAYA, Aug 25 — The Malaysian Special Search and Rescue Team (SMART) is determined to retain its Heavy Urban Search and Rescue (Heavy USAR) classification under the United Nations (UN) as a special “gift” to Malaysia in conjunction with the 69th National Day celebrations.

SMART Team Commander PgKB I Abdul Manaf Che Isa said the country’s elite rescue team is scheduled to undergo the INSARAG External Reclassification (IER) assessment from Sept 20 to 24 to retain the classification, which it first obtained in 2016.

The official reassessment process will be conducted after confirmation from the INSARAG Secretariat in Geneva, Switzerland, while the team’s final technical preparations will begin on Sept 20.

Abdul Manaf expressed confidence in SMART’s level of preparedness after undergoing three large-scale pre-IER exercises, including one simulation last year and two this year.

“We are very confident because the mentor we appointed from Australia was very satisfied with the three large-scale exercises we conducted.

“We are ready to face the IER in September, and this will be a gift to the nation for this year’s National Day celebrations. Hopefully, we will succeed,” he told Bernama recently.

Abdul Manaf explained that Malaysia was the second country in Asia after Singapore to receive the prestigious classification from the International Search and Rescue Advisory Group (INSARAG) in 2016.

He said the classification must be renewed every five years to ensure that the team’s capabilities and expertise continue to comply with international standards. However, the process had previously been rescheduled due to the Covid-19 pandemic.

He said retaining the Heavy USAR status was crucial as it serves as recognition of SMART’s level of expertise, while also enabling the team to remain a key reference for countries in the Asian region in search and rescue operations and disaster management.

“Our expertise serves as a reference for countries in the Asian region in conducting operations and managing disasters in an orderly and systematic manner according to international norms and standards,” he said.

Abdul Manaf said the classification also enables SMART to be deployed as part of the international disaster assistance framework under the UN, demonstrating the country’s capabilities on par with other global rescue teams.

Among the key criteria for a Heavy USAR team is the ability to operate independently (self-sufficient) when deployed to disaster zones, including managing logistics, food supplies and communication systems, as well as establishing a base of operations without placing a burden on the affected country.

“It is not merely about saving lives and property; we are capable of operating without any assistance. That is what is very important about this classification for a country,” he said.

On its participation in the National Day celebrations on Aug 31, he said about 100 SMART members and personnel would take part in the parade at Dataran Putrajaya to showcase their readiness to the public.

The participation will also include an exhibition of the team’s strategic assets, comprising two heavy vehicles and four Utility Terrain Vehicles (UTVs).

The 2026 National Day celebrations will be held at Dataran Putrajaya on Aug 31, with the theme Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati. — Bernama

Indonesia sanctions 6 firms over forest fires, parts of Selangor record unhealthy API

KUALA LUMPUR — Indonesia has imposed administrative sanctions on six forestry concession holders for the burning of more than 1,500 ha of land under their management across Kalimantan.

This follows investigations by Indonesian authorities to tackle forest and land fires which are contributing to transboundary haze.

Forestry Ministry Forestry Supervision, Administrative Sanctions and Civil Enforcement Director Ardi Risman said the action was taken against four companies — PT WEL, PT FI, PT MPK and PT WSP —  operating in West Kalimantan, PT NES in Central Kalimantan and PT PSR in East Kalimantan, Bernama reports.

“The Government Coercive Measure requires the companies to fulfil the obligations that have been stipulated, ranging from improving fire-control systems to restoring affected areas within the specified timeframe,” he said according to Antara News Agency.

The business licence of one company in West Kalimantan had also been suspended because fires in its concession were extensive and recurring, while failure to comply with the required measures could result in stronger sanctions, including licence revocation, Ardi added.

Separately, Indonesia’s Environment Ministry is pursuing legal action against about 30 companies nationwide over forest and land fires this year, seeking nearly Rp15 trillion (approximately RM3.42 billion) in state-loss claims and environmental restoration costs.

In Malaysia, 30 areas across 10 states recorded unhealthy Air Pollutant Index (API) readings this morning, as of 11am. 

Serian in Sarawak posted the highest reading at 180, nearing the very unhealthy threshold.

According to the Malaysian Air Pollutant Index Management System (APIMS) portal, Selangor was the most affected state, with six areas registering API readings above 100, including Johan Setia at 175.

Other areas in the state with unhealthy air quality readings were Shah Alam (162), Kuala Selangor (155), Klang (153), Petaling Jaya (152) and Banting (151).

Closer to Kalimantan, Sarawak recorded unhealthy API readings in five areas, namely Serian District Police Headquarters (IPD) at 180, Sri Aman (170), Kuching (163), Samarahan (156) and Sarikei (152).

An API reading of zero to 50 indicates good air quality, 51 to 100 moderate, 101 to 200 unhealthy, 201 to 300 very unhealthy, and readings above 300 hazardous.

Satellite monitoring by Indonesian authorities as of 9pm on Monday detected 341 high-confidence hotspots across four Kalimantan provinces, comprising 129 in West Kalimantan, 107 in East Kalimantan, 85 in Central Kalimantan and 20 in South Kalimantan.

Another 641 medium-confidence hotspots it said were recorded across West, Central and South Kalimantan, with West Kalimantan accounting for 315, Central Kalimantan 219 and South Kalimantan 107.

Indonesian authorities have also authorised deployment of 36 foreign-registered helicopters and the issuing of 35 special permits to 11 domestic air operators for aerial firefighting to contain the fires. – August 25, 2026

Indonesia kenakan sekatan terhadap 6 syarikat susulan kebakaran hutan Kalimantan

JAKARTA: Indonesia mengenakan sekatan pentadbiran terhadap enam pemegang konsesi perhutanan selepas siasatan mendapati kebakaran memusnahkan lebih 1,500 hektar tanah di bawah pengurusan mereka di seluruh Kalimantan, ketika pihak berkuasa mempergiat usaha menangani kebakaran hutan dan tanah di pulau itu.

Pengarah Pengawasan, Pengenaan Sekatan Pentadbiran dan Hal Ehwal Sivil Perhutanan Kementerian Kehutanan, Ardi Risman berkata tindakan itu melibatkan empat syarikat – PT WEL, PT FI, PT MPK dan PT WSP – yang beroperasi di Kalimantan Barat, sementara dua lagi ialah PT NES di Kalimantan Tengah dan PT PSR di Kalimantan Timur.

"Tindakan penguatkuasaan kerajaan dikenakan terhadap syarikat berkenaan bagi memastikan mereka memenuhi kewajipan yang ditetapkan, daripada menambah baik sistem kawalan kebakaran hingga memulihkan kawasan terjejas dalam tempoh yang ditetapkan," katanya menurut Agensi Berita Antara pada Selasa.

Beliau berkata lesen perniagaan sebuah syarikat di Kalimantan Barat turut digantung kerana kebakaran di kawasan konsesinya berlaku secara meluas dan berulang, manakala kegagalan mematuhi tindakan yang ditetapkan boleh menyebabkan sekatan lebih tegas dikenakan, termasuk pembatalan lesen.

Kementerian Kehutanan dalam hantaran terbaharu di media sosial memaklumkan pemantauan satelit setakat 9 malam Isnin mengesan 341 titik panas berkeyakinan tinggi di empat wilayah Kalimantan, terdiri daripada 129 di Kalimantan Barat, 107 di Kalimantan Timur, 85 di Kalimantan Tengah dan 20 di Kalimantan Selatan.

Kementerian itu memaklumkan 641 lagi titik panas berkeyakinan sederhana direkodkan di Kalimantan Barat, Tengah dan Selatan, dengan Kalimantan Barat mencatatkan 315, Kalimantan Tengah 219 dan Kalimantan Selatan 107.

Pihak berkuasa Indonesia turut membenarkan pengerahan 36 helikopter yang berdaftar di luar negara dan pengeluaran 35 permit khas kepada 11 pengendali udara domestik bagi operasi pemadaman kebakaran dari udara untuk mengawal kebakaran berkenaan.

Dalam perkembangan berasingan, agensi berita itu pada Isnin melaporkan Kementerian Alam Sekitar sedang mengambil tindakan undang-undang terhadap kira-kira 30 syarikat di seluruh negara berhubung kebakaran hutan dan tanah tahun ini, dengan tuntutan hampir Rp15 trilion (kira-kira RM3.42 bilion) bagi kerugian negara dan kos pemulihan alam sekitar.

Jerebu: 29 kawasan catat IPU tidak sihat, Serian tertinggi

KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu di seluruh negara menunjukkan sedikit pemulihan apabila jumlah kawasan yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat menurun kepada 29 kawasan setakat jam 2.30 petang tadi.

Jumlah itu berkurangan berbanding 32 kawasan yang merekodkan bacaan pada tahap sama pagi tadi.

Berdasarkan data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), bacaan IPU tertinggi direkodkan di stesen pemantauan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian, Sarawak iaitu 182.

Ia diikuti Johan Setia, Selangor dengan bacaan 173; Sri Aman, Sarawak (170); Shah Alam, Selangor (162) dan Kuching, Sarawak (160).

Turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah Tanjung Malim, Perak (157); Minden, Pulau Pinang (156); Samarahan, Sarawak (156); Taiping, Perak (155); Tasek Ipoh, Perak (155); Putrajaya (155) dan Bukit Rambai, Melaka (155).

Batu Muda, Kuala Lumpur pula merekodkan bacaan 154, diikuti Nilai, Negeri Sembilan (154); Sungai Petani, Kedah (153); Pegoh Ipoh, Perak (153); Kuala Selangor, Selangor (153) dan Sarikei, Sarawak (153).

Seberang Perai, Pulau Pinang merekodkan bacaan 152, sama seperti Seri Manjung, Perak; Petaling Jaya, Selangor; Seremban, Negeri Sembilan; Alor Gajah, Melaka; Segamat, Johor; Batu Pahat, Johor dan Tangkak, Johor.

Klang, Selangor pula merekodkan bacaan 151, manakala Banting, Selangor (146) dan Balik Pulau, Pulau Pinang (139).

Mengikut klasifikasi IPU, bacaan 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.

Pada masa sama, sebanyak 38 stesen pemantauan merekodkan bacaan pada tahap sederhana, manakala tiada stesen berada pada tahap sangat tidak sihat atau berbahaya.

Stesen pemantauan Cheras, Kuala Lumpur pula tidak mempunyai bacaan.

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan pemantauan di 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

Musim monsun redakan impak El Niño Super terhadap pengeluaran sawit

KUALA LUMPUR: Musim monsun yang bakal tiba pada Disember dijangka membantu mengurangkan potensi impak fenomena cuaca El Niño Super terhadap pengeluaran minyak sawit Malaysia, kata Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Belvinder Sron.

Beliau memberitahu, impak El Niño terhadap pengeluaran minyak sawit biasanya hanya dirasai selepas tempoh selang masa sembilan hingga 12 bulan.

"Fenomena El Niño Super sebelum ini berlaku pada 2015 dan pengeluaran minyak sawit Malaysia merosot sebanyak 13 peratus atau 2.6 juta tan pada tahun berikutnya. Pada 2026, keadaan cuaca kering berlaku agak lewat dalam tahun ini berbanding pada 2015.

"Oleh itu, taburan hujan antara September dan November adalah sangat penting dalam menentukan tahap keseriusan keadaan cuaca kering dan sejauh mana impak El Niño terhadap pengeluaran minyak sawit Malaysia pada 2027," katanya kepada Bernama.

Belvinder memaklumkan, impak El Niño di seluruh Asia Tenggara adalah tidak sekata pada 2026.

Selain itu, beliau berkata keadaan cuaca di Indonesia menjadi lebih kering sejak akhir Jun terutamanya di Sumatera dan Kalimantan manakala Malaysia belum mengalami cuaca kering yang kritikal walaupun suhu semakin meningkat.

Beliau menjelaskan, dalam tempoh terdekat, cuaca yang lebih kering boleh meningkatkan kecekapan penuaian dan pengangkutan buah tandan segar (BTS) ke kilang dengan menambah baik laluan di ladang serta mengurangkan gangguan akibat banjir.

"Bagaimanapun, risiko yang lebih besar berpunca daripada cuaca kering berpanjangan yang berlarutan melebihi tiga bulan berturut-turut. Taburan hujan yang lebih rendah, suhu lebih tinggi dan kelembapan tanah yang merosot boleh memberi tekanan kepada pokok kelapa sawit yang akhirnya mengurangkan pengeluaran BTS dan hasil minyak selepas selang masa sembilan hingga 12 bulan.

"Ketersediaan BTS yang lebih rendah bertumpu dengan permintaan yang stabil akan menyebabkan penurunan inventori minyak sawit dan mengehadkan penawaran keseluruhan," katanya.

Mengenai harga minyak sawit mentah (MSM), beliau berkata niaga hadapan MSM di Bursa Malaysia Derivatives meningkat melebihi RM4,900 setiap tan menjelang pertengahan Ogos manakala kontrak hadapan 2027 diniagakan melebihi RM5,000 setiap tan, mencerminkan kebimbangan pasaran yang semakin meningkat terhadap potensi impak El Niño.

Bagaimanapun, momentum peningkatan harga minyak sawit ketika ini bukan sahaja disebabkan oleh El Niño tetapi sebahagian besarnya didorong oleh ketegangan geopolitik yang turut menyokong pasaran minyak tumbuhan secara keseluruhan, kata Belvinder.

"Gangguan terhadap pelayaran di Laut Merah dan pengurangan trafik menerusi Selat Hormuz mengekalkan harga minyak mentah pada paras tinggi melebihi AS$80 setong.

"Faktor masa bagi kebimbangan bekalan ini adalah menjelang musim pengisian semula stok di India sempena perayaan Diwali yang memberikan sokongan tambahan kepada pasaran minyak sayuran termasuk minyak sawit," katanya.

Selain itu, beliau berkata permintaan minyak sawit Indonesia bagi campuran biodiesel B50 juga dijangka semakin mengukuh apabila tempoh peralihan selama tiga bulan untuk memproses baki stok biodiesel B40 berakhir pada September.

Menurut Belvinder, permintaan biodiesel domestik yang kukuh di Indonesia, dikombinasikan dengan ketidaktentuan mengenai dinamik pengeluaran minyak sawit pada 2027, meningkatkan kebimbangan pasaran terhadap ketersediaan eksport pada tahun hadapan.

"Berlatarbelakangkan perkembangan ini, harga minyak sawit diunjurkan kekal melebihi RM4,600 setiap tan pada September dengan kemungkinan kekal di atas paras tersebut sepanjang baki tahun ini.

"Pengeluaran minyak sawit Malaysia biasanya mencapai kemuncak pada September atau Ogos sebelum memasuki aliran penurunan bermusim pada suku keempat," tambah beliau.

Pada 18 Ogos, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip memberitahu Bernama bahawa kebarangkalian El Niño mencapai kategori 'sangat kuat' atau 'El Niño Super' antara Oktober dan Disember meningkat kepada lebih daripada 90 peratus.

-BERNAMA

 

 

 

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search