JEREBU: KENALI TANDA-TANDANYA
- Admin UKK
- Infografik dan Poster
JEREBU: KENALI TANDA-TANDANYA
Jerebu bukan sekadar langit yang kelihatan berkabus. Jarak penglihatan yang berkurang, bau asap yang semakin ketara serta rasa tidak selesa pada mata, hidung atau tekak antara tanda yang perlu diberi perhatian.
Jaga kesihatan dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Dapatkan maklumat terkini mengenai kualiti udara melalui sumber rasmi dan ambil langkah berjaga-jaga apabila keadaan jerebu semakin buruk.
