PUSAT PEMINDAHAN KEKAL BENCANA
- Admin UKK
- Infografik dan Poster
PPKB diwujudkan bagi memastikan mangsa bencana ditempatkan di pusat perlindungan yang lebih selesa, tersusun dan selamat. Inisiatif ini menekankan aspek kebajikan, keselamatan dan pengurusan yang lebih sistematik agar mangsa dapat menjalani tempoh pemindahan dengan lebih baik dan teratur.
Pada masa yang sama, pelaksanaannya turut membantu memastikan proses pembelajaran di sekolah tidak terganggu. Dengan pengurusan pemindahan yang lebih berfokus dan berstruktur, operasi pendidikan dapat diteruskan seperti biasa tanpa menjejaskan masa depan pelajar.
