PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Kemaskini PTO untuk pengurusan lebih efisien tangani bencana gempa bumi

KOTA KINABALU: Bengkel Semakan Peraturan Tetap Operasi Pengendalian Bencana Gempa Bumi (PTO Gempa Bumi) diadakan untuk membuat persediaan lebih kemas dan tuntas bagi memastikan pengurusan bencana gempa bumi di Sabah dapat ditadbir urus dengan lebih efisien.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) selaku agensi peneraju pengurusan bencana negara bertanggungjawab mengadakan bengkel mengemaskini PTO Gempa Bumi khusus untuk mendapatkan input dan khidmat nasihat daripada pelbagai agensi yang terlibat.

“Pengemaskinian ini cukup penting dan perlu sentiasa seiring dengan peredaran masa dan teknologi terkini yang diguna pakai oleh pelbagai agensi yang terlibat dalam memastikan kesiapsiagaan berhadapan dengan bencana seperti gempa bumi.

“Antara teknologi yang diguna pakai Teknologi pemetaan digital yang digunakan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM); berkaitan pengurusan bencana seperti penginderaan jarak jauh (remote sensing), LIDAR (Light Detection and Ranging) dan pelbagai lagi teknologi terkini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Bengkel Semakan Peraturan Tetap Operasi Pengendalian Bencana Gempa Bumi (PTO Gempa Bumi) di Sutera Harbour Resort di sini malam tadi (13 Julai).

Menurut Armizan, bengkel PTO Gempa Bumi yang pertama kali dikeluarkan dalam tahun 2011 dan ia perlu semakan semula.

“Kita melihat perlunya semakan dilakukan dengan mengambil kira dua faktor utama, pertama adalah keadaan lanskap semasa dan cabaran manakala kedua keadaan risiko berkaitan dengan bencana gempa bumi ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kajian mendapati negeri Sabah merupakan kawasan yang masih aktif berlakunya gempa bumi.

“Input daripada pakar-pakar yang berada di pusat-pusat pengajian tinggi untuk mengenalpasti prosedur operasi standard (SOP) dan apa teknologi yang kita boleh guna pakai sebab kita mengetahui di Malaysia khususnya di Sabah satu kajian yang dikeluarkan pada November 2022 berkaitan dengan penilaian risiko gempa bumi di Sabah dan didapati bahawa keadaan negeri Sabah ini masih berada di dalam kawasan yang masih aktif berlakunya risiko berlakunya gempa bumi.

“Di Sabah daerah yang dikategorikan berada dalam risiko paling tinggi (high risk) berlakunya gempa bumi adalah daerah Ranau, dan beberapa daerah lain yang berada dalam risiko sederhana (medium risk) seperti Kota Belud, Tuaran, Papar, Kota Marudu serta daerah-daerah sekitar Ranau.

“Jadi sebab itu kita mengadakan bengkel ini di Sabah dan kita libatkan juga pakar kita daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) selain daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk kita mengeluarkan satu PTO Gempa Bumi baharu,” jelasnya.- SABAH MEDIA

Previous Next

11 Julai 2023 - Bengkel Semakan Peraturan Tetap Operasi (PTO) Pengendalian Bencana Gempa Bumi di Sabah yang dijalankan pada 10 hingga 14 Julai 2023 yang bertempat di Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu, Sabah. Tujuan utama bengkel semakan ini adalah untuk mengemaskini PTO tersebut berdasarkan maklumbalas daripada agensi-agensi yang berkaitan.

Bengkel tersebut dirasmikan oleh Ybrs. En. Meor Ismail Meor Akim, Timbalan Ketua Pengarah Operasi Nadma.

Previous Next

10 Julai 2023- Program Civil Defence Beach Lifeguard Challenge (CDLC) 2023, Peringkat Kebangsaan bertempat di Pantai Batu 5, Port Dickson.

Program ini bertujuan mengenal pasti tahap kemahiran dan kecergasan serta semangat berpasukan dalam kalangan anggota penyelamat pantai APM dan memperkasakan prosedur dan tanggungjawab petugas penyelamat pantai supaya setaraf professional.

YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) bersama YB Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) hadir bersama dalam ujian ini.

YBrs. En. Meor Ismail Meor Akim, Timbalan Ketua Pengarah Operasi, mewakili NADMA telah menyampaikan 2 buah boat kepada wakil SUK.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung
Pengunjung

Search