πππππππππ ππππππ πππππ ππππππππ πππππ ππππππ ππππππππππ ππππππππ ππππππ ππππππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
πππππππππ ππππππ πππππ ππππππππ πππππ ππππππ ππππππππππ ππππππππ ππππππ ππππππππ
Β
SHAH ALAM, 22 September 2026 β Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datoβ Meor Ismail bin Meor Akim telah mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, YB Datoβ Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Shah Alam, Selangor.
Β
Kunjungan hormat ini menjadi platform strategik bagi memperkukuh kerjasama dan penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri dalam pengurusan bencana, khususnya melalui pengurangan risiko bencana, peningkatan kesiapsiagaan serta pengukuhan koordinasi di peringkat negeri dan daerah. Perbincangan turut memberi tumpuan kepada persediaan menghadapi sebarang kemungkinan bencana termasuk Monsun Timur Laut (MTL), di samping memastikan penyelarasan operasi serta penyampaian bantuan kecemasan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan lebih pantas, teratur dan berkesan.
Β
Kerjasama erat antara NADMA dan Kerajaan Negeri Selangor ini penting bagi memastikan aspek kesiapsiagaan, penyelarasan dan tindak balas bencana dapat diperkukuh secara bersepadu, sekali gus meningkatkan keupayaan pengurusan bencana di semua peringkat.
Β
Kunjungan hormat ini turut disertai oleh Tuan Saiful Yazan Alwi, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), NADMA dan Encik Muhammad Ridzuan Zawawi, Timbalan Pengarah, Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial, NADMA.
ππππ πππππ πππ ππππ : ROLEPLAY: RECEPTION AND DEPARTURE CENTRE (RDC); LEMA MEETING DAN AIRPORT MANAGER MEETING
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
ππππ πππππ πππ ππππ
Β
SIMULASI FASA OPERASI: PENUBUHAN RDC DI PINTU MASUK ANTARABANGSA, PENUBUHAN PANGKALAN OPERASI (BOO), PENYELARASAN BERSAMA UCC DAN LEMA
Β
ROLEPLAY: RECEPTION AND DEPARTURE CENTRE (RDC); LEMA MEETING DAN AIRPORT MANAGER MEETING
Β
Simulasi ini menunjukkan kecekapan Pasukan SMART sebaik Sahaja tiba di negara yang ditugaskan, mereka perlu mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama USAR Coordination Cell (UCC) dan Local Emergency Management Authority (LEMA) bagi mendapatkan lokasi penugasan dan gambaran yang lebih jelas mengenai situasi bencana semasa.
ππππ πππππ πππ ππππ : ROLEPLAY: TEAM BRIEFING & ROLEPLAY: DEPARTURE BRIEFING AND TEAM DEPARTURE
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
ππππ πππππ πππ ππππ
Β
SIMULASI FASA MOBILISASI: PROSES PENGAKTIFAN PASUKAN DALAM MASA SINGKAT, PEMERIKSAAN KARGO UDARA, PENIMBANGAN LOGISTIK, PENGELUARAN PASPORT/ VISA, DAN TAKLIMAT MISI
Β
ROLEPLAY: TEAM BRIEFING
Β
Simulasi ini menunjukkan selepas mendapat keputusan positif untuk diaturgerak, Pasukan SMART akan mengadakan satu sesi taklimat kepada semua anggota yang terpilih untuk bertugas di luar negara. Mereka diberi gambaran penuh situasi keadaan di ground zero, serta the do and donβt yang boleh dibuat sepanjang menjalani operasi penting ini.
Β
ROLEPLAY: DEPARTURE BRIEFING AND TEAM DEPARTURE
Β
Setelah Pasukan SMART tiba di Pangkalan Udara, sekali lagi Kontijen Komander Pasukan SMART membuat taklimat operasi dan mendapat taklimat aturgerak pesawat sebelum memulakan penerbangan. Semua barangan, kenderaan dan peralatan operasi yang dibawa telah sedia dimasukkan ke dalam pesawat dan semua pegawai dan anggota bersedia berlepas ke negara yang ditugaskan.
ππππ πππππ πππ ππππ : ROLEPLAY: COORDINATION MEETING & ROLEPLAY: EQUIPMENT LOADING
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
ππππ πππππ πππ ππππ
Β
SIMULASI FASA MOBILISASI: PROSES PENGAKTIFAN PASUKAN DALAM MASA SINGKAT, PEMERIKSAAN KARGO UDARA, PENIMBANGAN LOGISTIK, PENGELUARAN PASPORT/ VISA, DAN TAKLIMAT MISI
Β
ROLEPLAY: COORDINATION MEETING
Β
Simulasi ini menunjukkan bagaimana Pasukan Home Based Support menyelaras koordinasi antara agensi yang terlibat dalam operasi SAR ini. Antara agensi yang terlibat adalah seperti Kementerian Luar Negeri, Jabatan Imigresen, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan lain-lain lagi. Mesyuarat ini bagi mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai operasi deployment ini.
Β
ROLEPLAY: EQUIPMENT LOADING
Β
Serentak dengan mesyuarat koordinasi yang berlangsung, Pasukan SMART telah Bersiap menyediakan segala peralatan operasi dan keperluan barangan termasuk makanan dan minuman yang hendak dibawa dalam operasi. Simulasi ini adalah bagi menilai aspek pengurusan logistik, kepantasan, kecekapan serta ketelitian Pasukan SMART untuk menyusun atur keperluan supaya mampu beroperasi 24 jam sehari di dua lokasi secara serentak sehingga sekurang-kurangnya 10 hari tanpa bantuan kebergantungan luar (self-sustain).
ππππ πππππ πππ ππππ : ROLEPLAY: BREAKING NEWS & ROLEPLAY: PROSES REGISTRATION MAS01
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
ππππ πππππ πππ ππππ
Β
SIMULASI FASA KESIAPSIAGAAN DAN PENTADBIRAN BAGI PEMATUHAN SOP LATIHAN BERTERUSAN, REKOD PERUBATAN, PENGURUSAN PANGKALAN DATA ICMS DAN DOKUMEN KEBENARAN PELEPASAN DIPLOMATIK
Β
ROLEPLAY: BREAKING NEWS
Β
Simulasi 36 jam tanpa henti Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) bermula pada hari ini seawal jam 7.00 pagi dengan simulasi Activation: Breaking News.
Dalam simulasi ini, para Penguji (Classifier) dapat menilai dari aspek tindak balas Pasukan SMART serta peranan Home Based Support melakukan penyelarasan gerak kerja awal untuk mengatur gerak Pasukan SMART ke lokasi kejadian bencana.
Β
ROLEPLAY: PROSES REGISTRATION MAS01
Β
Simulasi ini menunjukkan kesegeraan Pasukan SMART melapor diri setelah mendapat arahan penugasan M1. Semua anggota perlu membuat pendaftaran kehadiran serta membuat saringan Kesihatan.
