Pemindahan calon SPM selesai
- Admin UKK
- Berita
Proses pemindahan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di semua negeri yang terjejas banjir selesai sepenuhnya tanpa ada yang tercicir, kelmarin.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, kesemua calon termasuk yang terperangkap sudah diselamatkan oleh pelbagai agensi.
“Alhamdulillah, semua calon SPM kita berjaya pindahkan ke tempat selamat iaitu asrama menerusi Op
Payung dengan bantuan pelbagai agensi.
“Kesemua calon yang ditempatkan di asrama diberi kemudahan terbaik termasuk buku, internet dan komputer disediakan.
“Saya berterima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang membantu bertungkus lumus memindahkan calon SPM,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Mas dan beberapa sekolah di sini, semalam.
Katanya, fasa pertama membabitkan pemindahan pelajar sudah selesai manakala fasa kedua akan diberi tumpuan dari segi emosi pelajar berkenaan yang terjejas banjir.
“Kaunselor juga turut disediakan di asrama bagi pembugaran emosi pelajar,” katanya.
Pasir Mas: Kementerian Pendidikan (KPM) pertimbang cadangan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dijalankan di luar musim tengkujuh.
Menterinya Fadhlina Sidek berkata, perkara itu akan dibincangkan dan diperhalusi dari semasa ke semasa.
“Kita akan pertimbang cadangan ini kerana ia antara cadangan yang kita turut terima. Barangkali kita boleh lihat kerana ketika ini jadual SPM pada hujung tahun dan berdepan banjir.
“Perkara itu kita ambil kira dan kita akan perhalusi dari semasa ke semasa kerana ia melihatkan aspek prihatin daripada masyarakat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Mas, di sini, semalam.
Terdahulu, akhbar ini melaporkan, seramai 5,377 calon SPM terjejas akibat banjir di Kelantan, Kedah dan Terengganu.
Susulan bencana itu, pelbagai pihak memohon peperiksaan itu ditanggu
Semuanya berjalan lancar
- Admin UKK
- Berita
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang bermula semalam berjalan lancar di seluruh negara termasuk di beberapa negeri terjejas banjir.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, beliau berpuas hati dengan segala persiapan yang dilakukan walaupun ada beberapa negeri terjejas banjir.
“Hari ini saya melawat beberapa sekolah bagi meninjau peperiksaan yang bermula hari ini (semalam) dan alhamdulillah ia berjalan lancar dan cuaca juga semakin baik.
“Beri ruang kepada mereka semua menduduki SPM hari ini (semalam) terutama mereka yang terjejas banjir,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Mas dan beberapa sekolah yang terjejas banjir.
Turut hadir Pengarah JPN Kelantan, Datuk Mohd Zamri Abdul Aziz.
Besut: Kementerian Pendidikan memutuskan tiada keperluan untuk menangguhkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk tarikh ujian lisan ketika bencana banjir kerana perlu mengambil kira pelbagai faktor.
Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata, pihaknya mempunyai mekanisme untuk menangani isu banjir terutamanya membabitkan peperiksaan awam khususnya SPM serta Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
"Kita akan menambah baik Operasi Payung termasuk menangani pelbagai isu di peringkat sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) serta Jabatan Pelajaran Negeri.
"Kita turut melakukan penyelarasan bersama polis, tentera serta agensi penyelamat lain sepanjang berdepan dengan bencana banjir," katanya ketika ditemui selepas membuat tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Payong, di sini, hari ini.
Beliau berkata, setiap jadual peperiksaan yang disusun sudah mengambil kira pelbagai perkara, sekiranya penangguhan dibuat akan menjejaskan perkara lain termasuk kemasukan pelajar ke universiti.
"Pelajar yang menduduki peperiksaan ditempatkan di asrama untuk membolehkan mereka dapat mengulang kaji pelajaran dengan selesa menggunakan segala kemudahan belajar seperti kelas serta perpustakaan.
"Saya jumpa mereka (calon SPM) sangat teruja untuk menduduki peperiksaan walaupun berdepan bencana, kita turut mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya.
Beliau turut memaklumkan, pihaknya sudah mengarahkan kumpulan sokongan terdiri daripada guru kaunseling untuk menyantuni calon SPM supaya segala isu berkaitan psikologi sosial pelajar dapat ditangani sebaiknya.
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memberi ruang kepada universiti yang terjejas banjir untuk melaksanakan proses pengajian mengikut kesesuaian termasuk pembelajaran secara dalam talian.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata keputusan itu dibuat selepas perbincangan pagi tadi bersama Ketua Setiausaha KPT Datuk Seri Dr Zaini Ujang, selain menyediakan bantuan kepada pelajar terjejas.
“Jika ada kawasan yang terjejas disebabkan ini (banjir), kita sangat fleksibel untuk menyediakan ruang (pembelajaran). Kaedahnya pelbagai.
“Sekarang ni, kawasan yang terlibat (banjir) di Kelantan dan Terengganu… kita bagi fleksibiliti kepada universiti, mereka tahu apa yang perlu laksanakan,” katanya pada sidang media selepas majlis penandatanganan nota kerjasama antara Kementerian Pertahanan dan KPT di sini hari ini.
Mengenai bantuan kepada pelajar terjejas akibat banjir, Zambry berkata terdapat pasukan sukarelawan Skuad Ihsan MADANI akan membantu menyalurkan bantuan terbabit selain pihak universiti juga akan mengenal pasti pelajar yang terlibat dan kebanyakan mereka berada di kampus masing-masing.
Pada 29 Nov lepas, media melaporkan sebanyak 3,029 penuntut institusi pengajian tinggi awam terjejas banjir dengan 481 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) dalam kampus manakala 42 lagi dipindahkan ke PPS luar.
Zambry berkata pelajar yang terkesan khususnya di Pantai Timur melibatkan Universiti Sultan Zainal Abidin, Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Malaysia Kelantan serta politeknik.
— BERNAMA
