Kuala Lumpur: Kejadian kebakaran saluran paip gas di Putra Heights pada hari kedua Syawal baru-baru ini yang memusnahkan dan menjejaskan banyak kediaman, jelas menjadi peringatan perit untuk pemilik memberi pertimbangan serius menginsuranskan aset itu serta kandungannya dalam mengurangkan kerugian akibat bencana.
Insiden bertarikh 1 April itu sememangnya mengejutkan, apalagi Malaysia bukannya sering berdepan kebakaran atau letupan berskala besar yang memusnahkan rumah serta harta benda sekelip mata dengan impaknya terus jelas sehingga ke hari ini.
Letupan dengan kepulan awan cendawan besar dan api setinggi 20 tingkat yang mencetuskan bahang haba, memusnahkan harta kediaman dan kenderaan dalam radius 500 meter.
Akibatnya, dianggarkan 1,254 orang daripada 308 keluarga terjejas, 87 rumah musnah dan 148 yang lain memerlukan pembaikan.
Tragedi itu jelas membuktikan bencana boleh berlaku pada bila-bila masa serta di mana sahaja.
Lebih penting lagi, ia menunjukkan betapa pentingnya bagi pemilik rumah mempunyai insurans rumah sebagai perisai atau perlindungan kewangan dalam menangani keadaan di luar jangka sedemikian.
Malangnya, tidak ramai yang menyedari mengenai tiga jenis liputan atau perlindungan insurans rumah seperti polisi pemilik rumah (HO), polisi isi rumah (HH) dan insurans kebakaran.
Menurut Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), insurans rumah melindungi kerosakan akibat letupan, yang termasuk di bawah polisi pemilik rumah (HO).
Polisi HO adalah komprehensif yang meliputi struktur fizikal rumah terhadap risiko seperti kebakaran, kilat, letupan, bencana alam dan paip pecah.
Ketua Pegawai Eksekutif PIAM, Chua Kim Soon berkata bagi insiden di Putra Heights misalnya, ini meliputi kerosakan akibat letupan termasuk letupan saluran paip gas dengan pampasan berdasarkan kos pembinaan semula.
"Bagi tujuan tuntutan, mereka perlu mendapatkan kelulusan bertulis syarikat insurans sebelum meneruskan sebarang pembaikan rumah, termasuk kerja-kerja kecemasan kerana kerja tanpa kebenaran mungkin tidak dilindungi oleh polisi dan sijil pemilik rumah," katanya.
Menurut Chua, bagi pemilik yang masih terikat dengan pinjaman gadai janji, pihak bank biasanya memerlukan insurans pemilik rumah sebagai sebahagian daripada perjanjian pinjaman manakala untuk kondominium atau pangsapuri pula wajib bagi Badan Pengurusan Bersama (JMB) mengambil polisi induk perlindungan insurans rumah.
Polisi HO berharga purata RM382 setahun untuk rumah pangsa dan pangsapuri, RM377 untuk rumah bertanah manakala harga premium bergantung kepada jumlah nilai rumah yang diinsuranskan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa General Insurance Bhd Fukhairudin Mohd Yusof berkata polisi rumah itu melindungi struktur bangunan daripada risiko dengan memastikan kepentingan kewangan bank terhadap hartanah itu terpelihara.
Ini secara amnya bermakna pemilik rumah dengan pinjaman aktif berkemungkinan mempunyai perlindungan diperlukan untuk tujuan tuntutan.
Polisi isi rumah (HH) pula melibatkan perlindungan kandungan isi rumah, melindungi daripada kehilangan atau kerosakan akibat kejadian seperti kebakaran, kecurian dan bencana alam tertentu.
Tidak seperti polisi HO yang diwajibkan apabila pinjaman perumahan terbabit, polisi HH adalah pilihan, boleh dibeli secara berasingan untuk menampung kandungan rumah anda dengan harga purata RM142 manakala premium bergantung kepada jumlah nilai yang diinsuranskan.
Namun, ia sering diabaikan kerana tidak banyak kesedaran mengenainya.
Berikutan itu, ramai pemilik rumah yang terjejas atau tidak dilindungi untuk kehilangan atau kerosakan kandungan isi rumah mereka dalam kejadian tidak dijangka.
Chua berkata insurans kebakaran standard atau asas pula merangkumi perlindungan kerosakan akibat kebakaran, kilat serta letupan akibat gas yang digunakan untuk tujuan domestik.
"Bagi kerosakan akibat letupan selain daripada gas domestik, tambahan pilihan boleh dibeli dengan insurans kebakaran. Pampasan pula adalah berdasarkan kos pembinaan semula," katanya.
Selain itu, Fukhairudin berkata insurans kebakaran tidak wajib untuk semua pemilik rumah melainkan ia diperlukan oleh bank mereka untuk tujuan pinjaman perumahan.
"Dari sudut pandang masyarakat, salah satu sebab utama pengambilan rendah mungkin disebabkan oleh kurangnya kesedaran atau kemampuan, terutama dalam kalangan segmen penduduk berpendapatan rendah," katanya.
Menurut data Jabatan Perangkaan Malaysia, terdapat 9.10 juta isi rumah pada 2024 namun hanya 3.88 juta polisi insurans kebakaran dan rumah dicatatkan yang mencerminkan kadar pengambilan sebanyak 42.6 peratus.
Sebagai perbandingan, sebanyak 8.88 juta isi rumah pada 2023 dengan 3.89 juta polisi insurans kebakaran dan rumah direkodkan iaitu memaparkan kadar pengambilan sebanyak 43.8 peratus.
Chua berkata dengan kadar pengambilan sekitar 43 peratus, ini menunjukkan lebih separuh daripada isi rumah Malaysia masih tidak dilindungi daripada kerosakan struktur akibat kebakaran, banjir dan cuaca buruk.
Di samping itu, data Insurance Services Malaysia Bhd menunjukkan premium bertulis kasar (GWP) bagi polisi HO di Malaysia meningkat 4.35 peratus kepada 787.30 juta bagi tempoh Januari-September 2024 berbanding 754.46 juta setahun sebelumnya.
GWP bagi polisi HH di negara ini meningkat 10.35 peratus kepada 32.21 juta bagi tempoh Januari-September 2024 berbanding 29.28 juta dalam tempoh sama pada 2023.
Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa General Takaful Bhd Shahrul Azuan Mohamed berkata jurang kesedaran mengenai perlindungan insurans rumah masih wujud, termasuk membabitkan polisi kebakaran.
"Ramai pemilik rumah menganggap risiko banjir, tanah runtuh dan bencana alam lain dilindungi secara automatik di bawah polisi standard. Namun, pada hakikatnya, perlindungan bahaya khas mesti dibeli secara berasingan," katanya.
Bagi tujuan perlindungan isi rumah, Zurich Malaysia menyarankan agar pemilik rumah memilih polisi HH untuk melindungi harta benda dan barang-barang mereka dengan lebih baik, sekali gus memastikan fikiran lebih tenang.
"Walaupun terdapat peningkatan penggunaan polisi HH pada tahun lepas, pengambilan keseluruhan kekal agak rendah, khususnya disebabkan oleh kekurangan kesedaran dan pemahaman mengenai kepentingan perlindungan rumah yang komprehensif," katanya.
Jelaslah, insiden Putra Heights menjadi pembuka mata bahawa bencana boleh melanda tanpa mengira masa dan lokasi yang mampu mengubah segala-galanya dalam sekelip mata.
Walaupun bencana tidak dapat dijangka, persediaan atau perisai bagi pemilik rumah adalah memastikan mempunyai perlindungan insurans rumah tepat demi melindungi rumah, harta benda dan kesejahteraan kewangan.
BIDOR: Hundreds of people were stranded at the Sungai Klah hot spring yesterday after a bridge collapse cut off the main access route to the area.
It is learnt that the bridge collapsed on Saturday night following heavy rain.
Perak Fire and Rescue Department operations chief Sabarodzie Nor Ahmad said the department received a distress call at 10.46am yesterday, and a team of firemen from Bidor was despatched to the scene.
He said the incident happened on the main access road leading to the Sungai Klah hot spring, Kampung Tisong and the Buyong Mas Sanctuary campsite.
“No injuries or casualties were reported.
“Among those stranded were 17 families comprising 39 adults and 16 children, along with residents from the Orang Asli village of Kampung Tisong.
“In addition, 81 students from Politeknik Sultan Azlan Shah in Behrang and 10 staff members were at the Buyong Mas Sanctuary camp site at the time of the incident.”
He said firemen were working with other agencies to evacuate the victims.
“The operation involved the Batang Padang district office, Sungkai police and the Muallim Civil Defence Force.”
Baling: Hujan tanpa henti selama tiga jam malam kelmarin menyebabkan tiga kampung di daerah ini dilanda banjir kilat, awal pagi semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian banjir kilat membabitkan Kampung Padang Setul, Kampung Kledang dan Kampung Tawar jam 4.34 pagi.
Beliau berkata, banjir menyebabkan 20 keluarga terjejas selepas kediaman mereka dinaiki air. “Jumlah itu membabitkan 40 mangsa, namun tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.
“Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Samsari Ibrahim bersama tujuh anggota melakukan pemantauan di kawasan rumah penduduk yang terjejas,”
Jumlah itu membabitkan 40 mangsa namun tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini” Zulkhairi Mat Tanjil katanya ketika dihubungi, semalam.
Zulkhairi berkata, bomba menasihatkan penduduk bersiap sedia berpindah sekiranya hujan berterusan dan kediaman mereka dinaiki air.
Beliau berkata, banjir kilat berlaku akibat limpahan air Sungai Ketil dan sistem perparitan bertakung di kawasan itu.
Rumah belum didiami dah dilanda banjir
- Admin UKK
- Berita
Rumah belum didiami namun sudah dilanda banjir. Itu masalah yang berlaku di Projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) Felda Pasoh Dua di sini.
Pengerusi Pertubuhan 1 Silaturahim Anak Felda (1SAF), Mohammad Yahya Zakaria, berkata PGBF itu sudah siap dibina, namun dilanda banjir setiap kali hujan lebat.
Beliau berkata, keseluruhan 70 rumah PGBF di situ, berdepan masalah banjir dan sudah dua kali dilanda banjir pada bulan ini selain turut dilanda banjir pada bulan lalu.
“Ini yang merunsingkan pembeli berikutan keseluruhan 70 kediaman PGBF yang baru siap dibina itu berdepan banjir setiap kali hujan lebat.
“Terbaru adalah malam tadi (kelmarin). Secara umumnya perumahan ini mengalami banjir setiap bulan, terutama apabila hujan lebat,” katanya.
Mohammad Yahya yang juga generasi kedua Felda, berkata banjir yang berulang itu pasti merisaukan pembeli rumah yang sudah tidak sabar untuk mendiami kediaman itu.
Katanya, pemaju PGBF iaitu Felda sendiri mengetahui perumahan ini sangat berisiko mengalami banjir. Menurutnya, walaupun beberapa tindakan sudah diambil seperti pembesaran longkang namun ia bagaikan tidak berkesan.
“Projek PGBF sebelum ini terbengkalai lama, namun akhirnya siap pada tahun 2024 dan majlis cabutan pemilihan pembeli juga sudah selesai dilakukan.
“Bagaimanapun penyerahan kunci terpaksa ditangguhkan sejak Oktober 2024 dan sehingga isu berisiko banjir ini tidak diselesaikan, pembeli tidak senang hati untuk menerima unit rumah yang memang diketahui akan banjir apabila hujan lebat,” katanya.
Selangor akan menghantar pegawai unit pengurusan bencana negeri ke negara yang berpengalaman menghadapi serta menguruskan bencana seperti gempa bumi.
EXCO Pengurusan Bencana Selangor, Mohd Najwan Halimi, berkata antara negara berkenaan ialah Jepun dan Turkiye.
Beliau berkata, pihaknya sedang melihat semula gerak kerja terbabit kerana sebelum ini lebih bertumpu kepada bencana yang lazim berlaku di negara ini seperti banjir dan tanah runtuh.
“Kita tidak meminta ia (gempa bumi) berlaku tetapi kita perlu bersiap siaga.
“Mungkin pada Mei atau Jun depan, kita akan menghantar pegawai sama ada membuat lawatan kerja atau berkursus di negara yang berpengalaman menghadapi serta menguruskan bencana itu, seperti Jepun dan Turkiye.
“Kita boleh belajar daripada mereka berhubung cara menguruskan pasca bencana, pasca gempa. Itu antara perancangan terkini kerajaan negeri untuk kita melengkapi pegawai pengurusan bencana dengan kemahiran dan gerak kerja baharu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik, di sini, semalam.
Mohd Najwan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik berkata, perancangan berkenaan turut mengambil kira Thailand dan Myanmar yang dilanda gempa bumi, baru-baru ini.
“Negara ini bukan negara berisiko gempa bumi. Biasanya Indonesia, Jepun tetapi sekarang berlaku di negara lain (Thailand dan Myanmar).
“Oleh itu, kita juga perlu membuat persiapan. Kita akan bersiap sedia di Selangor,” katanya.
Kerja pembersihan diteruskan
Sementara itu, beliau memaklumkan kerja pembersihan di kawasan sekitar kawasan letupan paip gas bawah tanah di Putra Heights masih diteruskan secara berperingkat.
“Pembersihan di kawasan kejadian masih dilaksanakan, cuma bukan secara besar-besaran seperti yang kita lakukan minggu lalu. Kita tidak boleh menjalankan kerja pembersihan sesuka hati.
“Laporan awal berhubung kejadian itu akan dimaklumkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, selepas mesyuarat pada minggu depan,” katanya.
