PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Seksyen ICT

Previous Next

LATIH AMAL BERSAMA MENANGANI KEBAKARAN SALURAN PAIP LPG, LNG DAN TALIAN VOLTAN TINGGI TNB DI LALUAN SALURAN PAIP HENGYUAN REFINING COMPANY BERHAD, PETRONAS GAS BERHAD, TENAGA NASIONAL BERHAD DAN PS PIPELINE, PORT DICKSON

LATIH AMAL BERSAMA MENANGANI KEBAKARAN SALURAN PAIP LPG, LNG DAN TALIAN VOLTAN TINGGI TNB DI LALUAN SALURAN PAIP HENGYUAN REFINING COMPANY BERHAD, PETRONAS GAS BERHAD, TENAGA NASIONAL BERHAD DAN PS PIPELINE, PORT DICKSON | 19 - 21 JANUARI 2026
 
NADMA telah bekerjasama dengan Hengyuan Refining Company Berhad menganjurkan latih amal kebakaran gas di Port Dickson, Negeri Sembilan. Objektif latih amal ini adalah untuk memberi pendedahan kepada agensi tindak balas, teknikal dan bantuan tentang mekanisme pengurusan bencana mengikut Arahan NADMA No. 1 terhadap bencana industri melibatkan kebakaran paip gas.
 
Selain itu, latih amal ini juga untuk menguji kecekapan, keupayaan tindak balas semua Agensi Kerajaan dan syarikat swasta yang terlibat. Para peserta latih amal ini terdiri daripada ahli-ahli JPBD Port Dickson, syarikat swasta yang berkaitan antaranya ialah Petronas Gas Berhad(PGB), Petron, Tenaga Nasional dan PS Pipeline.
 
Di pihak NADMA dihadiri oleh DCP Datuk Mazli Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi serta pegawai-pegawai iaitu Superintenden Muhammad Rozhan Rosli, Encik Mohamad Fadzil Noor bin Hanif dan Encik Azri Fazri bin Tuan Mohamad.
Secara keseluruhan latih amal ini telah berjaya dilaksanakan secara bersama melibatkan Agensi Kerajaan dan pihak industri.
 
NADMA sangat memberi penekanan kepada pihak industri bagi melaksanakan latihan secara berterusan dan mengambil berat terhadap risiko bencana industri.
 
 
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search