PRIVASI
Aplikasi Mudah Alih NADMA yang merangkumi MyDIMS merupakan aplikasi yang dibangunkan bagi kegunaan orang awam (selepas ini dirujuk sebagai “Pengguna”) untuk memudahkan capaian kepada perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh NADMA melalui penggunaan telefon pintar. Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan Apple App Store. Kerajaan memastikan bahawa semua maklumat peribadi yang dikumpulkan adalah selaras dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).
MAKLUMAT PERIBADI
Aplikasi ini tidak akan merekodkan data peribadi Pengguna kecuali dengan kebenaran yang diberikan secara sukarela oleh Pengguna. Segala maklumat yang diterima tidak akan dikongsi dengan mana-mana organisasi lain bagi tujuan selain daripada yang dinyatakan secara khusus.
MAKLUMAT YANG DIKUMPUL
Aplikasi ini hanya akan mengumpulkan data peribadi atas persetujuan Pengguna yang diberikan secara sukarela melalui penggunaan aplikasi ini.
Maklumat peribadi yang dikumpul adalah seperti berikut:
Data peribadi yang dikumpul tidak akan digunakan untuk sebarang tujuan selain daripada yang dinyatakan di atas. Maklumat tersebut juga tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga atau dipindahkan ke luar Malaysia bagi tujuan komersial.
KERAHSIAAN
Segala maklumat peribadi yang dikumpul oleh aplikasi ini akan disimpan secara sulit menurut Dasar Privasi ini, selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.
KESELAMATAN DATA
Aplikasi ini menggunakan ciri keselamatan yang mematuhi piawaian antarabangsa bagi melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat peribadi Pengguna.
PINDAAN KEPADA DASAR PRIVASI
Sekiranya terdapat sebarang pindaan kepada Dasar Privasi ini, pindaan tersebut akan dikemas kini dan dipaparkan di halaman ini.