PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA
Previous Next

𝗕𝗘𝗡𝗚𝗞𝗘𝗟 𝗣𝗘𝗥𝗕𝗜𝗡𝗖𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 & 𝗣𝗢𝗦𝗧-𝗠𝗢𝗥𝗧𝗘𝗠 𝗥𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗗𝗠𝗔 𝗡𝗚𝗢 𝟮𝟬𝟮𝟲

𝗕𝗘𝗡𝗚𝗞𝗘𝗟 𝗣𝗘𝗥𝗕𝗜𝗡𝗖𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 & 𝗣𝗢𝗦𝗧-𝗠𝗢𝗥𝗧𝗘𝗠 𝗥𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗗𝗠𝗔 𝗡𝗚𝗢 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝟭𝟱 𝗠𝗘𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟲
 
📍 Perdana City Centre, Kuala Lumpur
 
NADMA dengan kerjasama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menganjurkan Bengkel Perbincangan Operasi dan Post-Mortem Rakan NADMA NGO sebagai platform menilai pelaksanaan operasi bantuan bencana serta memperkukuh kerjasama pelbagai pihak dalam mendepani cabaran bencana yang semakin komplek
 
Bengkel ini menghimpunkan wakil NGO Rakan NADMA bagi membincangkan usaha memperkasakan koordinasi operasi bantuan bencana yang lebih bersepadu, terselaras dan berkesan melalui pendekatan peningkatan kapasiti serta latihan berterusan. Program ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Hussain Moh, Timbalan Ketua Pengarah (Pasca) NADMA.
 
Selain itu, bengkel ini menjadi platform penting dalam memperkukuh sinergi antara NGO, sektor korporat, akademia dan agensi kerajaan bagi memastikan penyampaian bantuan kepada mangsa bencana dapat dilaksanakan secara lebih cekap, terselaras dan berimpak tinggi.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search