OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

TPM lawat mangsa banjir di Kelantan, esok

KOTA BHARU: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka melawat mangsa banjir di Kelantan, esok.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat akan turun ke Kelantan sebaik selesai Mesyuarat Kabinet.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, menerusi Facebook turut memaklumkan Timbalan Perdana Menteri ada menghubunginya bagi bertanyakan perkembangan banjir di Kelantan.

Katanya, Ahmad Zahid turut meminta beliau memaklumkan sekiranya memerlukan sebarang bantuan.

"Sewaktu misi bantuan, saya menerima panggilan telefon daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang bertanya khabar terhadap situasi semasa banjir di Kelantan.

"Perbualan yang agak terhad kerana talian perkhidmatan yang kurang jelas di sekitar sempadan. Insya-Allah TPM sedia turun ke Kelantan nanti untuk misi bantuan.

"Terima kasih di atas kecaknaan semua pihak terhadap Kelantan," katanya.

PM gesa beri keutamaan tertinggi kepada mangsa banjir 6 negeri

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim gesa Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk memberikan keutamaan tertinggi kepada mangsa banjir dan penduduk di kawasan terjejas.

Ujarnya, perkara itu susulan enam negeri terkesan ketika ini iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Johor dan Perak.

“Setakat jam 9.32 pagi tadi, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 37,189 mangsa membabitkan 11,385 keluarga di enam negeri.

“Sebanyak 322 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di keenam-enam negeri setakat ini.

“Kelantan merekodkan mangsa banjir tertinggi membabitkan 30,582 orang (9,223 keluarga), 157 PPS telah dibuka di sembilan daerah di Kelantan.” Katanya.

Datuk Seri Anwar turut mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang telah memperkemaskan penyelarasan bagi situasi itu.

Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat sebelum memulakan sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Parlimen.

 

484 penduduk Sungai Lembing siap sedia hadapi banjir

KUANTAN: Setiap kali Monsun Timur Laut (MTL), seramai 484 penduduk daripada 242 keluarga di Sungai Lembing di sini, melakukan persediaan awal terutama faktor keselamatan yang menjadi keutamaan apabila banjir berlaku di kawasan itu.

Selain itu, penduduk juga memastikan segala dokumen penting dan barang keperluan termasuk peralatan elektrik diletakkan di tempat selamat.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Melayu, Bandar Sungai Lembing, Muhammad Ridzal Sukimi berkata, setakat ini, segala persediaan sudah dilakukan terutama daripada segi stok bekalan makanan.

Katanya, bekalan makanan yang dihantar Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) boleh bertahan selama tujuh hari sekiranya berlaku banjir di Sungai Lembing.

"Daripada segi logistik pula, kami mempunyai tiga bot dan enam pacuan empat roda sebagai persediaan dalam memberikan bantuan kepada penduduk Sungai Lembing.

"Pada masa sama, kami juga turut menasihati warga emas yang mempunyai masalah kesihatan untuk memastikan ubat-ubatan dan resit ubat dibawa bersama bagi memudahkan urusan apabila berada di pusat pemindahan sementara (PPS).

"Di Sungai Lembing ini sebanyak tiga PPS disediakan iaitu Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sungai Lembing, Dewan Orang Ramai Kampung Melayu dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Lembing," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Muhammad Ridzal berkata, berdasarkan rekod, kali terakhir banjir besar berlaku di pekan Sungai Lembing pada 2021 apabila air naik setinggi dua tingkat bangunan.

"Bagaimanapun, boleh dikatakan setiap tahun Sungai Lembing akan banjir dan persediaan awal dilakukan apabila monsun," katanya.

Sementara itu, seorang penduduk yang juga peniaga kedai runcit, Lui Yen Ping, 72 berkata dia sentiasa peka dengan keadaan cuaca terutama apabila hujan lebat.

Katanya, keselamatan menjadi keutamaan termasuk menyimpan dokumen penting dan segala peralatan untuk mengelak daripada mengalami kerugian.

"Namun, saya harap tahun ini banjir di Sungai Lembing ini tidak teruk," katanya.

Bad weather causes flight delays at Subang Airport, KLIA

KUALA LUMPUR: Flights departing from Sultan Abdul Aziz Shah Airport or Subang Airport and Kuala Lumpur International Airport to various locations were delayed due to bad weather conditions this evening.

Passengers were believed to be stranded for nearly an hour causing congestion at both airports.

The flight disruption was not only experienced by local flight operators, but international flights to various destinations were also affected. Most of the flights, both to domestic and international destinations that were to depart from 4pm onwards were the ones most affected, due to heavy rain.

Heavy rain and thunderstorms pose a high risk for planes to fly as pilots experience low visibility and turbulence due to the rain and strong winds.

 

Rakyat Malaysia diberi ingatan hujan lebat, risiko banjir di Selatan Thailand

BANGKOK: Konsulat Malaysia di Selatan Thailand menasihatkan rakyat Malaysia menangguhkan rancangan perjalanan ke wilayah itu kerana hujan lebat telah mencetuskan banjir yang meluas di beberapa kawasan.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi meminta rakyat Malaysia supaya berhati-hati jika mereka perlu pergi ke Selatan Thailand dalam tempoh ini.

“Hujan lebat berterusan sejak beberapa hari kebelakangan ini telah menyebabkan banjir teruk, memaksa ribuan orang dipindahkan ke seluruh wilayah selatan di Thailand,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ahmad Fahmi juga menasihatkan rakyat Malaysia yang kini berada di Selatan Thailand supaya sentiasa berwaspada, memantau kemas kini cuaca dan mengikuti pengumuman dan nasihat daripada pihak berkuasa tempatan.

“Rakyat Malaysia di Selatan Thailand harus mengutamakan keselamatan mereka dan menjaga satu sama lain. Mereka yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi pegawai yang bertugas di talian +6693-6570707,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Thailand (DDPM) melaporkan pada Khamis bahawa banjir yang berterusan di tujuh wilayah selatan telah menyebabkan 136,219 isi rumah kehilangan tempat tinggal di 50 daerah, 321 mukim dan 1,884 kampung.

Wilayah yang terjejas ialah Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Songkhla, Pattani, Yala, Narathiwat dan Satun.

DDPM menggerakkan pasukan operasi dan peralatan tindak balas bencana, termasuk pam air, kenderaan pam jarak jauh, kenderaan pemindahan, unit pengeluaran air mudah alih, bot dan helikopter penyelamat, untuk menyokong usaha menyelamat dan pemindahan.

Selain itu, “Pasukan Penjaga” – sekumpulan sukarelawan – berada di lapangan membantu komuniti yang terjejas, manakala pejabat DDPM tempatan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa wilayah dan tempatan untuk menyampaikan bantuan segera.

DDPM menambah bahawa pegawai sedang menilai ganti rugi untuk memudahkan pengagihan bantuan kewangan mengikut peraturan kementerian yang berkaitan.-BERNAMA

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search