Hari ini, YB Datin Mastura Binti Mohd Yazid, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang 2019 (APC) NADMA Malaysia bertempat di Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) di Pulau Meranti, Puchong, Selangor.
Turut hadir dimajlis tersebut ialah Ybhg. Dato' Sollehuddin Alyubi Bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan & Pembangunan) serta Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pelaksanaan Operasi) NADMA Malaysia, Encik Zakarian bin Shaaban dan para pegawai daripada NADMA dan pasukan SMART.
Acara pagi ini telah dimulakan dengan pemeriksaan barisan pasukan SMART yang diketuai Mejar Nizam Bin Kassim yang disertai oleh 44 orang anggota. Selesai melakukan pemeriksaan, YB Timbalan Menteri berpeluang melawat Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) dan telah diberi taklimat berkaitan fungsi dan peranan NDCC.
Pada tahun ini seramai 7 orang kakitangan NADMA dan 10 orang anggota Pasukan SMART telah dianugerahkan APC sebagai pengiktirafan dan penghargaan atas kecemerlangan dalam melaksanakan tugas sebagai penjawat awam.
Dalam ucapan beliau, YB Datin Mastura turut merakamkan penghargaan atas komitmen warga NADMA terutamanya yang telah bertugas dan beroperasi dibawah sektor keselamatan sepanjang Kerajaan melaksakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dalam usaha memutuskan rangkaian penularan jangkitan COVID-19.
Tahniah kepada semua penerima APC NADMA 2019!
NADMA Malaysia dan agensi-agensi berkaitan, semalam dan hari ini, memantau keadaan banjir sekitar Dengkil dan Sepang, Selangor.
MISI BANTUAN KEMANUSIAAN DAN BENCANA (HADR) MEMBAWA PULANG RAKYAT MALAYSIA DARI NEW DELHI, INDIA
- Admin UKK
- Berita
MISI BANTUAN KEMANUSIAAN DAN BENCANA (HADR) MEMBAWA PULANG RAKYAT MALAYSIA DARI NEW DELHI, INDIA
18 Julai 2020
Pagi ini pesawat Malindo Air OD-0207/0208 daripada New Delhi, India telah selamat mendarat di KLIA pada jam 6.31 pagi membawa pulang seramai 107 orang penumpang. Pesawat ini telah berlepas semalam pada jam 4.20 petang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi New Delhi untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di India akibat Pandemik COVID-19.
Daripada 107 orang penumpang ini, 62 orang adalah jemaah tabligh, 34 orang rakyat Malaysia yang terkandas sejak lapangan terbang India ditutup manakala baki 11 orang merupakan krew Malindo Air.
Semua penumpang telah melepasi tapisan kesihatan yang dibuat oleh Kerajaan India sebelum dibenarkan menaiki pesawat. Sebaik tiba di KLIA, sama seperti ketibaan antarabangsa yang lain, semua penumpang perlu melalui saringan kesihatan dan ujian COVID-19.
Mengambil kira kumpulan ini telah kembali dari negara yang berisiko tinggi dengan jangkitan Pandemik COVID-19, mereka perlu dikuarantin wajib selama 14 hari di Pusat Pemantauan (Surveillance Centre).
Setelah selesai tapisan kesihatan di KLIA, kumpulan Person Under Surveillance (PUS) ini telah dibawa menaiki bas ke Pusat Pemantauan (Surveillance Center) iaitu Akedemi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) yang terletak di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan.
Pusat Pemantauan ini diselia oleh petugas-petugas kesihatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Di sini perhubungan adalah terhad kepada petugas kesihatan sahaja. Selain petugas kesihatan tidak ada perhubungan dengan pihak luar yang dibenarkan termasuk ahli keluarga.
Ini merupakan Misi HADR Malaysia yang ke-5 setelah kejayaan membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di Wuhan, China, Italy dan Iran. Kerajaan Malaysia ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan misi bantuan kemanusiaan membawa pulang rakyat Malaysia ini berjalan lancar dan semua selamat tiba di bumi Malaysia.
Kejayaan misi ini adalah hasil kerjasama pelbagai agensi kerajaan, termasuk Kementerian Luar Negeri, Kementerian Kesihatan malaysia, Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia, , Angkatan Pertahan Awam, Jabatan Imigresen Malaysia dan AKEP yang diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). MAHB dan Malindo Air juga telah memberi kerjasama dalam menjayakan misi ini.
Acara Penyerahan Fasiliti MAEPS Sempena Penamatan Operasi Pusat Kuarantin & Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah MAEPS, Serdang
- Admin UKK
- Berita
Acara penyerahan Fasiliti MAEPS sempena penamatan operasi Pusat Kuarantin & Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah MAEPS, Serdang oleh YBhg. Dato' Dr Noorhisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia kepada Ybrs Encik Zakaria bin Shaaban, Timbalan Ketua Pengarah Operasi, NADMA Malaysia.
Malaysian Book of Record (MBR) turut menyampaikan sijil kepada MAEPS Sdn Bhd atas kejayaan menyiapkan Pusat Kuarantin hanya dalam masa 4 hari.
Pemantauan sekitar pusat-pusat pemindahan banjir yang telah dibuka mendapati SOP dipatuhi di mana penjarakan di bilik darjah, saringan Kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, pek makanan, termometer, hand sanitizer dan face mask disediakan dan digunapakai.