SMART Bergabung Tenaga Dalam Memastikan Operasi Menyelamat Ketika Banjir Diurus Dengan Selamat
- Admin UKK
- Berita
Selain pasukan menyelamat Polis, Bomba, APM dan RELA, pasukan SMART turut sentiasa bersiapsiaga bergabung tenaga dalam memastikan operasi menyelamat mangsa-mangsa banjir terurus dengan selamat.
Pemantauan NADMA Emergency Support Team (NEST) Melihat Pengurusan Banjir di Negeri Terengganu
- Admin UKK
- Berita
Pemantauan NADMA Emergency Support Team (NEST) melihat pengurusan banjir di negeri Terengganu. Secara amnya pematuhan SOP dilihat cukup baik dalam proses pemindahan mangsa dan pengurusan di pusat-pusat pemindahan.
Perkara-perkara penting yang diberi perhatian dalam Pemantauan SOP adalah :
*Buku Daftar Mangsa Bencana:*
*Buku Daftar Pelawat:*
*QR Code MySejahtera:*
*Thermometer:*
*Hand Sanitizer:*
*Poster Norma Baru NAMDA:*
*Penjarakan Fizikal:*
*Penjarakan C. Tent:*
*Bekalan Makanan Berbungkus:*
Adalah diharapkan mangsa-mangsa di pusat pemindahan sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan demi keselamatan dan kesejahteraan semua pihak
Penyerahan Bahan Kempen Norma Baharu Kepada Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya di R&R Awan Besar, Lebuh Raya Shah Alam (KESAS)
- Admin UKK
- Berita
17 Disember 2020 - Pagi ini bertempat di R&R Awan Besar, Lebuh Raya Shah Alam (KESAS), Ketua Pengarah NADMA Malaysia YBhg Datuk Dr. Aminuddin bin Hassim turun padang bersama Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya YBhg Datuk Dr. Syed Omar Sharifuddin untuk menyerahkan bahan-bahan Kempen Pembudayaan Norma Baharu Kepada Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya.
Kewaspadaan dan Kesiapsiagaan Bencana Tanggungjawap Bersama
Sesi Penyerahan Bahan Kempen Pembudayaan Norma Baharu Kepada Peruncit-Peruncit Sekitar Lembah Klang
- Admin UKK
- Berita
10 Disember 2020 - Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA Malaysia), YBhg. Datuk Dr. Aminuddin Bin Hassim, telah membuat penyerahan rerentang dan gegantung kepada YBhg. Datuk Seri Hasnol Zam Zam Bin Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna yang kemudiannya diagihkan kepada para peruncit.
Penyerahan Bahan Kempen ini melibatkan tiga (3) lokasi iaitu Econsave Jalan Reko Kajang, 99 Speedmart Taman Kajang I dah dan AEON Mall Cheras Selatan.
8 Disember 2020 - Jelajah MTL Zon Timur Datuk Dr Aminuddin Hassim, Ketua Pengarah NADMA Malaysia berakhir di negeri Pahang. Lawatan awal pagi ke Depoh Simpanan Keperluan Bencana Negeri Pahang mendapati stok barangan keperluan berada pada kesiapsiagaan sepenuhnya dalam menghadapi musim tengkujuh.
Lawatan hari ini berakhir dengan kunjung hormat ke atas SUK Negeri Pahang, Dato' Sri Dr Sallehuddin bin Ishak. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri ini sentiasa mendapat sokongan padu daripada semua agensi terlibat dan kerjasama ini penting dalam memastikan kebajikan mangsa-mangsa bencana terjamin baik.