OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

11 rumah di Teluk Kemang terjejas banjir, satu PPS dibuka

11 rumah di Teluk Kemang terjejas banjir, satu PPS dibuka

PORT DICKSON - Sebanyak 11 rumah di Teluk Kemang terjejas banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) Kampung Sawah Sunggala di sini dibuka pada Khamis.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson, selain Teluk Kemang kawasan Pasir Panjang turut terjejas.

 

Katanya, pemantauan polis telah dilaksanakan bagi memantau kawasan dan mendapati beberapa kediaman dinaiki air selain terdapat juga penghuni telah berpindah ke tempat yang selamat.

"Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson menasihati orang ramai untuk terus berwaspada dalam menghadapi situasi banjir memandangkan hujan masih berterusan.

"Sila patuhi kepada arahan dan nasihat dari pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku," katanya pada Khamis.

Dalam perkongsian sama, orang ramai boleh menghubungi Pusat Bilik Gerakan IPD Port Dickson di talian 06-6462999 atau menghubungi mana-mana balai yang berdekatan untuk mendapatkan bantuan akibat banjir.

Dalam pada itu Sinar Harian sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai situasi banjir daripada Pengurusan Bencana Daerah Port Dickson.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search