KUALA LUMPUR: The Alliance for a Safe Community (IKATAN) today called on Petroliam Nasional Bhd (Petronas) and relevant authorities to conduct a transparent investigation into the cause of the leak and measures to be taken following the gas pipeline fire in Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor.
Its chairman, Tan Sri Lee Lam Thye said the investigation and measures are important to prevent future incidents and IKATAN, as a prominent safety advocacy NGO, has also expressed deep concern over the incident.
“While we acknowledge Petronas’ swift response to contain the situation, we urge continued vigilance to ensure the safety of affected communities and the environment.
“We call also on Petronas and relevant authorities to provide real-time updates on the situation, including air quality assessments and potential health risks, and meanwhile ensure thorough evacuations and support for impacted families, especially vulnerable groups,” he said in a statement today.
Earlier, Petronas confirmed that a fire occurred at Petronas Gas Bhd’s (PGB) main pipeline near Putra Heights, Selangor at 8.10 am today.
Selangor menteri besar Amirudin Shari says the two areas will be classified as ‘restricted zones’ until they are confirmed safe.
PETALING JAYA:The morning pipeline fire at Jalan Harmoni, Putra Heights, in Subang Jaya has finally been put out, but two residential areas have been declared restricted zones.
Selangor menteri besar Amirudin Shari said the blaze, which followed an explosion at 8.10am, had been put out by 3.45pm.
However, he said homes within a 290m radius will remain off-limits until the authorities confirm it is safe for residents to return.
Amirudin said the initial report on the incident was expected to be completed within 72 hours.
He said a thorough investigation would be conducted to identify the cause of the incident.
At the same time, he also advised the public not to speculate on the incident, but to channel any information that could help the authorities.
“Information shared on social media needs to be verified.”
He advised the affected residents not to return to their homes until the situation is declared safe by the authorities.
“So far, 305 victims have been rescued and placed at temporary relief centres or treated at the Subang Jaya Medical Centre, Sunway Medical Centre, and the Serdang and Putrajaya government hospitals,” he said in a Facebook post after visiting the incident site today.
“Thankfully, as of 5pm, no fatalities have been reported.” The massive fire broke out earlier this morning from a leak in a Petronas Gas Bhd main pipeline.
Those affected by the fire were primarily from Taman Harmoni and Kampung Kuala Sungai Baru. At least 190 homes, 148 cars and 12 motorcycles were damaged. Several key sections of the Elite highway were closed but reopened later.
PETALING JAYA – Kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya tidak ubah seperti lokasi ‘ground zero’ letupan bom.
Melalui beberapa keping gambar dikongsikan pihak berkuasa serta video mendapati lokasi kebakaran tersebut membentuk sebuah lubang berdiameter puluhan meter.
Beberapa kediaman serta kenderaan berhampiran lokasi punca kejadian itu pula, musnah dipercayai haba tinggi daripada api yang menjulang setinggi 20 tingkat bangunan.
Selain itu, pokok-pokok yang berada berhampiran lokasi kejadian turut hangus terbakar seperti padang jarak padang terkukur.
Terdahulu, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, kebakaran sudah berkurangan namun pihaknya masih memantau di lokasi kejadian.
“Setakat pukul 1.55 tengah hari, radius kebakaran saluran paip gas bocor di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya semakin berkurangan,” ujar beliau dalam kenyataan.
Sementara itu Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata, setakat ini seramai 112 orang mangsa terlibat dalam insiden tersebut.
“49 buah rumah telah terjejas akibat kebakaran berkenaan,” ujarnya – KOSMO! ONLINE
KUALA LUMPUR: Kebakaran besar melibatkan saluran paip gas Petronas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor pagi tadi menyaksikan 112 mangsa diselamatkan termasuk 63 orang dihantar ke hospital.
Timbalan Ketua Polis Selangor DCP Mohd Zaini Abu Hassan berkata mangsa yang diselamatkan dan dilaporkan cedera terdiri daripada penduduk Taman Harmoni dan Kampung Kuala Sungai Baharu.
Beliau berkata selain 63 mangsa yang dihantar ke Hospital Cyberjaya, Serdang dan Putrajaya untuk menerima rawatan lanjut akibat melecur dan masalah pernafasan serta luka, 49 lagi mangsa menerima rawatan awal di kuil Sri Maha Kaliamman, Subang Jaya.
KUALA LUMPUR: Insiden kebakaran saluran gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights yang berlaku pada pagi raya kedua hari ini agak 'dahsyat' apabila turut menyebabkan 'hujan pasir dan debu' bukan hanya di sekitar kawasan kejadian malah sehingga beberapa kilometer dari lokasi kejadian.
Pekerja swasta Nor Azian Jamil, 51 yang tinggal di Kampung Seri Aman, Puchong, berkata walaupun rumahnya terletak kira-kira enam kilometer dari lokasi kejadian, beliau turut merasai kesannya apabila halaman rumah dan kenderaannya turut 'dilitupi' pasir tanah merah serta kerikil halus.
"Pukul 8 pagi tadi saya nak pergi kerja, saya rasa pelik sebab dengar bunyi ngauman dan macam bunyi kapal terbang betul-betul atas bumbung rumah, apabila saya keluar saya lihat api menjulang tinggi jelas kelihatan walaupun jauh dan kenderaan saya sudah dipenuhi dengan debu dan batu kerikil halus," katanya.
Bercakap kepada BERNAMA, beliau berkata bukan itu saja, bahang panas turut terasa di perkampungannya, dipercayai kesan letupan berkenaan.
Tinjauan menerusi media sosial juga mendapati ramai pengguna yang memuat naik gambar serta video kenderaan dan kawasan rumah mereka 'dihujani' pasir dan batu kerikil halus.
Seorang pengguna Facebook Azizee Bos Abul Habis menulis "Seluruh Puchong dan Putra Heights kena hujan batu pasir debu … bunyi terbakar (kebakaran) sangat kuat dan dahsyat".
Pengguna Facebook, Suppie Mahmud pula berkata beliau mendengar seperti bunyi pesawat terbang di ruang udara rumahnya dalam keadaan hujan renyai dan diikuti guruh.
"Lepas itu, jiran mesej dan bagi gambar atas bumbung rumah aku ada pasir, hujan pasir rupanya," katanya menerusi catatan beliau.
Sharoan Nastashia pula menulis "Sepanjang 27 tahun hidup, ini 'pestaim' (buat kali pertama) kami nampak hujan pasir … heran kami ada bunyi pada atap tapi tak nampak pun air hujan turun, lama kami tengok hujan pasir kata suami saya".
Kebakaran saluran paip gas berkenaan dilapor semakin berkurangan setakat 1.55 petang ini.
Seramai 112 mangsa dan 49 rumah terjejas dalam insiden itu dan dihantar ke Hospital Cyberjaya, Serdang dan Putrajaya untuk menerima rawatan lanjut manakala 49 lagi mangsa menerima rawatan awal di Kuil Sri Maha Kaliamman, Subang Jaya.
Bomba mengesahkan sekurang-kurangnya 190 kediaman dan 159 pelbagai jenis kenderaan termasuk 11 motosikal mengalami kerosakan akibat letupan saluran paip gas bawah tanah di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights di sini, hari ini.
