OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

SPM diteruskan setelah ambil kira persediaan hadapi MTL

ALOR SETAR: Keputusan meneruskan jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dibuat selepas mengambil kira tahap kesiapsiagaan semua pihak terbabit dalam menghadapi bencana banjir sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) sehingga Mac tahun depan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata ia termasuk soal menjaga kebajikan calon SPM supaya dapat menduduki peperiksaan dengan selamat.

Katanya, Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus mengaktifkan Op Payung bagi menangani semua isu berkaitan persekolahan, peperiksaan dan banjir.

“Kita berdoa supaya tidak berlaku perkara tidak diingini dan saya tegaskan bahawa Op Payung diaktifkan.

“Ini bermakna persiapan kita ini bukan sahaja soal keselamatan, kebajikan tetapi secara keseluruhan termasuk peperiksaan SPM itu.

“Kita sudah bersedia melaksanakannya dari hari pertama peperiksaan tempoh hari.

“Ujian itu akan terus kita pastikan dan pantau dengan ketat untuk memastikan anak kita dapat menghadapi peperiksaan dengan selamat dan Op Payung bersedia setiap masa,” katanya.

Beliau ditemui selepas meninjau sekolah terjejas banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gunong di sini, hari ini

Fadhlina berkata, semua jentera termasuk di peringkat agensi KPM bersedia menggerakkan Op Payung pada bila-bila masa.

“Kita bersiap sedia untuk apa sahaja kemungkinan dan semua pegawai semua jentera peringkat agensi bersedia.

“Insya-Allah kita mengharapkan sesi ini dapat berlangsung dengan baik selepas ini.

“Kita juga membuat persiapan sekiranya gelombang kedua, ketiga sebagaimana dipersiapkan minda dan emosi kita oleh pihak METMalaysia untuk berhadapan gelombang selanjutnya,” katanya.

Calon SPM di seluruh negara akan memulakan ujian amali Sains esok sehingga 12 Disember ini sebelum ujian bertulis pada Januari depan.

METMalaysia meramalkan lima hingga tujuh gelombang hujan lebat membadai seluruh negara sepanjang MTL sehingga Mac tahun depan.

PBT diminta bantu NADMA kumpul maklumat kerugian premis, kediaman

KOTA BHARU: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara membantu Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengumpul maklumat kerugian dialami premis bangunan atau kediaman akibat banjir.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Datuk Aiman Athirah Sabu berkata,setakat ini kementerian itu belum memperoleh statistik kerugian dan masih mengumpul maklumat berkaitan.

“PBT telah diarahkan melihat ruang (bentuk) yang boleh kita bantu melalui KPKT dan kita turut berikan perhatian terhadap mangsa banjir.

“Pasukan kita telah bersiap sedia lebih awal, kesan masuk air ke premis atau kediaman adalah perkara biasa cuma apa-apa kerosakan itu perlu ada rekod yang sahih untuk dinilai,” katanya.

Beliau kepada pemberita selepas Program Lawatan Turun Padang Operasi Monsun Timur Laut Kelantan di sini hari ini.

Sementara itu, Aiman Athirah turut mengingatkan penduduk yang tinggal di kawasan rendah supaya berwaspada termasuk di Kuala Krai yang dijangka mengalami banjir bermula hari ini hingga Jumaat.

“Orang ramai perlu peka keadaan cuaca semasa dan berpindah lebih awal jika perlu,” katanya.-BERNAMA

Banjir kilat tenggelamkan beberapa kenderaan di Presint 11, Putrajaya

PUTRAJAYA: Beberapa kenderaan penduduk yang dipakir berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Presint 11, di sini, ditenggelami air akibat banjir kilat petang tadi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 4.50 petang, susulan hujan lebat.

Katanya, situasi berada dalam keadaan terkawal dengan air banjir dilaporkan sudah surut sepenuhnya tidak lama selepas itu.

"Setakat ini polis masih belum menerima laporan daripada pemilik kenderaan yang ditenggelami air itu.

"Penduduk dinasihatkan agar memastikan kenderaan diletakkan di kawasan selamat dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Menerusi gambar yang tular di media sosial anggota bomba bersama jentera dan polis turut berada di kawasan banjir kilat itu bagi memantau keadaan selepas banjir surut.

 

First wave of floods claim 12 lives, 5 fatalities reported in Kelantan

PASIR MAS: The first wave of floods, which wreaked havoc in several states, has claimed 12 lives, with five fatalities reported in Kelantan, Deputy Inspector-General of Police Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay said.

Ayob also said the flood situation in the country continues to show improvement, with the number of evacuees steadily declining today.

The same trend, he said, was observed in Kelantan, with only 240 people still housed at flood evacuation centres in the state as of noon.

"Today was part of my two-day visit to Kelantan to check on the situation here, particularly at the police stations that were badly affected by the floods.

"Apart from that, I also wanted to assess the preparations made by the state police in facing the second wave of floods.

"I was informed that Kelantan police have already made preparations to face the next wave, including at their main operations base at the General Operations Force's tactical base," he said after visiting the flood disaster operations control post at Repek police station today.

Ayob said the police's flood tactical bases in other flood-affected states would also remain active as part of preparations for the second wave of floods.

"The Disaster Response Team (DRT) which was active during the first wave, will continue to be used in the event of another round of floods.

"The DRT will be used by Kelantan's police in its flood rescue operations," he added.

On other matters, Ayob said the Senoi Praaq units would start their duty manning the Kelantan-Thailand border on Jan 1, next year.

It is learnt that two Senoi Praaq teams would be deployed to Kelantan and they were from the Three and Eight Battalions based in Perak.

 

KPM laksana penilaian kos kerosakan sekolah terjejas banjir

BUTTERWORTH: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan penilaian bagi mendapatkan jumlah kos untuk kerosakan dialami sekolah yang terjejas akibat banjir.

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata pihaknya sudah memperoleh maklumat bilangan sekolah yang terbabit banjir gelombang pertama.

 

"Gelombang pertama kita sudah ada bilangannya, cuma sedang dikenal pasti dari segi unjuran kos (kerosakan) yang terbabit.

"Pada masa sama, kita juga sedang membuat persiapan untuk menghadapi kemungkinan lain (banjir gelombang kedua)," katanya selepas menyertai acara larian Khazanah Reformasi Walk di Seberang Jaya di sini, hari ini.

Sementara itu, Fadhlina berkata, KPM juga meningkatkan persiapan banjir gelombang kedua bagi calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika ini.

"Setakat hari ini saya berpuas hati dengan semua persiapan yang kita laksanakan, jadi minggu depan kita ada ujian amali sains dan juga diikuti ujian bertutur Bahasa Inggeris.

"Jadi persiapan dalam keadaan sangat baik, Ops Payung pun sudah diaktifkan untuk sebarang kejadian ataupun bencana," katanya.

Terdahulu, KPM dalam satu kenyataan media memaklumkan mengaktifkan prosedur operasi standard (SOP) Ops Payung bagi menghadapi Ujian Amali Sains SPM yang dijadualkan berlangsung pada 9, 10 dan 12 Disember ini.

Langkah itu penting bagi memastikan ujian berkenaan dapat berjalan lancar dan tiada calon terjejas.

Ia susulan amaran Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia) mengenai hujan berterusan yang dijangka berlaku sehingga 11 Disember di tujuh negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah, Perak dan Johor yang berkemungkinan mengakibatkan gelombang kedua banjir.

KPM sebelum ini memaklumkan, semua calon SPM terjejas akibat banjir berjaya menduduki Ujian Bertutur Bahasa Melayu yang bermula 2 Disember lalu selepas operasi memindahkan mereka melalui Ops Payung selesai sepenuhnya.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search