OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Umpama zon perang

“Kami umpama pasangan pengantin baharu kerana perlu membeli pelbagai barangan kelengkapan rumah,” kata mangsa banjir dari Taman Seri Bayu di sini, dikenali sebagai Amran.

Amran, 41, berkata, dia pulang ke rumah tiga hari lalu selepas sembilan hari berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) dan kerja pembersihan baru selesai 50 peratus.

“Ketika memasuki rumah dua (tiga) hari lalu, saya dan isteri ‘terduduk’ melihat keadaan dalam rumah yang umpama zon perang.

“Tiada apa yang mampu diselamatkan termasuk perabot serta barangan elektrik,” katanya, semalam.

Penjawat awam itu berkata, dia bersyukur kerana kereta dan motosikalnya yang diparkir di tepi Jalan Jubakar Pantai sempat diselamatkan sebelum jalan itu runtuh akibat terjahan arus banjir yang melimpah.

Katanya, dia dan isteri semakin dapat menerima takdir dan menganggap ada hikmah untuk mereka empat beranak.

Amran ditemui bersama kira-kira 700 keluarga lain yang menerima bantuan makanan serta barangan kebersihan daripada Pertubuhan Erat Kasih Alha Alfa (Pekaa).

Penaung Pekaa Datuk Seri Alha Alfa berkata, untuk misi bencana banjir kali ini, pihaknya hadir ke Tumpat seterusnya akan ke Setiu, Terengganu untuk mengagihkan lebih 1,000 kotak makanan termasuk barangan kebersihan kepada mangsa banjir.

“Bantuan sebegini bukan julung kali dibuat, malah setiap tahun, kami terbabit dalam misi kemanusiaan sebegini dan insya-Allah, ia diteruskan pada masa depan,” katanya.

Sultan Pahang titah siap siaga hadapi banjir

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya Kerajaan Pahang dan rakyat negeri ini bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, berikutan ramalan hujan berterusan hingga 11 Disember ini.

Baginda bertitah, semua pihak perlu berhati-hati dan cakna dengan persekitaran, khususnya mereka yang tinggal berdekatan sungai dan tali air memandangkan kawasan itu berisiko banjir.

“Saya dimaklumkan, berdasarkan ramalan cuaca, hujan mungkin berterusan minggu ini.

“Justeru, kita perlu sama-sama berdoa cuaca bertambah baik dan musibah banjir tidak berlaku dengan teruk,” titah baginda selepas berangkat ke Majlis Penyerahan Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’Rasa) Daerah Temerloh di Kampung Lada, semalam.

Baginda bertitah, selain harta benda, perkara diutamakan ketika bencana adalah keselamatan nyawa.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) semalam mengeluarkan amaran hujan lebat tahap buruk dan waspada di tujuh negeri termasuk di Pantai Timur yang dijangka melanda hingga esok.

MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan, keadaan cuaca itu dijangka melanda Kuantan, Pekan, Jerantut, Maran dan Rompin selain Kemaman dan Dungun di Terengganu.

Seluruh Kelantan dan Perlis pula diramal mengalami hujan berterusan tahap waspada dalam tempoh masa sama, selain di Hulu Perak, Perak dan Kedah membabitkan Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling.

Turut dijangka mengalami cuaca itu ialah Pahang di Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera; Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang) serta Johor (Segamat, Mersing dan Kota Tinggi). - Bernama

Continuous monsoon rains expected until Dec 16

KUALA LUMPUR: Monsoon rains are expected to continue until Dec 16, based on the latest weather model analysis by the Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia).

MetMalaysia yesterday said this situation could cause continuous rainfall in eastern and northern parts of Peninsular Malaysia, as well as in Sabah, throughout the period.

“MetMalaysia has issued a continuous rain warning for east and north of Peninsular Malaysia until Wednesday (tomorrow).

“A warning for strong winds and rough seas in the South China Sea waters is in effect until Thursday.

“People are advised to regularly check MetMalaysia’s website at www.met.gov.my, and the department’s official social media platforms, as well as download the myCuaca app for the latest information.”

It was reported that continuous heavy rain at the severe level, or the “orange” warning level, was expected in several districts in Terengganu and Pahang until tomorrow. MetMalaysia also reported that continuous rain at the alert or “yellow” level is expected in Perlis, Kelantan and several districts in Perak, Terengganu, Pahang and Johor.

MetMalaysia has issued a continuous rain warning for east and north of Peninsular Malaysia until Wednesday (tomorrow).

‘OVER 400 COPS AFFECTED BY FLOODS’

SOME 1,500 family members of 469 policemen in Kelantan have been affected by the first wave of floods, said Deputy InspectorGeneral of Police Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

“I was told that 112 policemen here lost their homes due to the recent floods.

“I saw the extent of the damage to their houses during my visit today (yesterday) and it was a total loss.

“The cops were on duty when the incident happened.

“They couldn’t save all their belongings as floodwaters rose quickly.

“I have asked the state police to assist the 469 officers and their family members affected by the floods.

“The aid must cover all their needs,” he said after visiting Taman Sri Bayu here.

Ayob, who was accompanied by Kelantan police chief Datuk Mohd Yusoff Mamat, handed over food aid and daily essentials to the affected policemen.

Banjir: PBT diminta bantu Nadma kumpul maklumat kerugian premis, kediaman

Kota Bharu: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara membantu Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) mengumpul maklumat kerugian yang dialami premis bangunan atau kediaman akibat banjir.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, setakat ini kementerian belum memperoleh statistik kerugian dan masih mengumpul maklumat berkaitan.

"PBT diarahkan melihat ruang (bentuk) yang boleh kita bantu melalui KPKT, dan kita turut memberikan perhatian terhadap mangsa banjir.

"Pasukan kita bersiap sedia lebih awal. Kesan masuk air ke premis atau kediaman adalah perkara biasa, cuma apa-apa kerosakan itu perlu ada rekod yang sahih untuk dinilai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Lawatan Turun Padang Operasi Monsun Timur Laut Kelantan di sini hari ini.

Sementara itu, Aiman Athirah turut mengingatkan penduduk yang tinggal di kawasan rendah supaya berwaspada, termasuk di Kuala Krai, yang dijangka mengalami banjir bermula hari ini hingga Jumaat.

"Orang ramai perlu peka terhadap keadaan cuaca semasa dan berpindah lebih awal jika perlu," katanya.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search