๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐ซ๐๐ค๐ก๐ข๐ซ ๐๐ฉ๐๐ซ๐๐ฌ๐ข ๐๐๐ฆ๐๐๐ง๐ข๐ก๐๐ง ๐๐ฐ๐๐ง (๐๐๐) ๐ ๐จ๐ค๐ฎ๐ฌ ๐๐ฆ๐ฉ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐ข ๐๐๐ ๐๐ซ๐ข ๐๐๐ฅ๐๐ค๐ ๐๐๐ง ๐๐จ๐ก๐จ๐ซ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Hari Terakhir Operasi Pembenihan Awan (OPA) Fokus Empangan di Negeri Melaka dan Johor | 9 April 2026
ย
OPA hari ini bermula jam 1.00 tengah hari menuju ke kawasan Empangan Jus di Melaka sebagai laluan tambahan susulan permohonan yang diterima daripada kerajaan negeri Melaka dan disusuli pembenihan awan di empangan sekitar negeri Johor pada jam 2.00 petang.
ย
Operasi hari ini masih menggunakan pesawat C-130 TUDM dengan membawa muatan 6,000 liter larutan garam.
ย
Keadaan awan di sekitar kawasan empangan Jus, Melaka menunjukkan terdapat awan kumulus menara yang sesuai untuk dibuat pembenihan yang bermula jam 1.30 tengah hari.
Cerapan radar menunjukkan hujan mula turun bermula jam 8.30 malam di Empangan Jus sehingga jam 9.30 malam.
ย
Sementara di empangan sekitar negeri Johor pula, semburan larutan garam bermula pada jam 2.02 petang sehingga 2.55 petang meliputi Empangan Upper Layang, Lower Layang, Gunung Pulai dan Machap. Awan hujan mula terbentuk sekitar jam 4.00 petang di sekitar lokasi Empangan Machap dan hujan berterusan sehingga jam 6.00 petang.
ย
Pelaksanaan OPA hari terakhir di Negeri Melaka dan Johor ini berjaya menurunkan hujan di beberapa kawasan sasaran OPA.
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ | ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
ย
Pengurusan Tertinggi NADMA berkumpul di Bilik Mesyuarat Ruan Changkul, Aras 7 bagi bersama-sama menyaksikan amanat YAB Perdana Menteri bersama Warga Kementerian
bersempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan bagi Bulan April pagi ini.
๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐ญ๐ข๐ ๐ ๐๐ฉ๐๐ซ๐๐ฌ๐ข ๐๐๐ฆ๐๐๐ง๐ข๐ก๐๐ง ๐๐ฐ๐๐ง (๐๐๐) ๐ ๐จ๐ค๐ฎ๐ฌ ๐๐ฆ๐ฉ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐ข ๐๐๐ ๐๐ซ๐ข ๐๐๐ซ๐๐ค
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Hari Ketiga Operasi Pembenihan Awan (OPA) Fokus Empangan di Negeri Perak | 8 April 2026
ย
OPA hari ini bermula jam 2.25 petang di kawasan Empangan Bukit Merah dan disusuli pembenihan awan di Empangan Temenggor pada jam 3.05 petang. Operasi hari ini masih menggunakan pesawat C-130 TUDM dengan membawa muatan 6,000 liter larutan garam.
ย
Awan hujan sudah mula terbentuk di kawasan sasaran selepas semburan air garam dibuat dalam tempoh satu jam. Cerapan radar menunjukkan hujan mula turun seawal jam 5.00 petang di Empangan Temenggor dan berterusan sehingga jam 8.30 malam. Sementara di Bukit Merah, awan hujan mula terbentuk sekitar jam 9.00 malam dan hujan masih berlaku di kawasan tersebut sehingga kini.
ย
Pelaksanaan OPA pada hari ketiga di Negeri Perak juga berjaya menggalakkan perkembangan awan konvektif yang seterusnya menghasilkan hujan kawasan sasaran.
๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐๐ฎ๐ ๐๐ฉ๐๐ซ๐๐ฌ๐ข ๐๐๐ฆ๐๐๐ง๐ข๐ก๐๐ง ๐๐ฐ๐๐ง (๐๐๐) ๐๐จ๐ง ๐๐ญ๐๐ซ๐ ๐๐๐ซ๐ฃ๐๐ฒ๐ ๐๐๐ง๐ ๐ก๐๐ฌ๐ข๐ฅ๐ค๐๐ง ๐๐ฎ๐ฃ๐๐ง
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Hari Kedua Operasi Pembenihan Awan (OPA) Zon Utara Berjaya Menghasilkan Hujan | 7 April 2026
ย
OPA hari ini bermula jam 3.00 petang di Empangan Muda, Pedu dan Ahning, diikuti jam 4.00 petang di Empangan Timah Tasoh menggunakan pesawat C-130 TUDM dengan 6,000 liter larutan garam.
ย
Awan hujan terbentuk di kawasan sasaran. Cerapan radar cuaca menunjukkan hujan mula terbentuk seawal jam 7.30 petang di Empangan Ahning serta di Empangan Timah Tasoh sehingga jam 9.00 malam
ย
Pelaksanaan hari kedua juga menunjukkan hasil yang baik di kawasan sasaran.
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ | ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
ย
ย
YAB Datoโ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) bersama-sama YB Dato' Sri Arthur Joseph Kurup, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam meninjau penyelarasan Operasi Pembenihan Awan (OPA) yang diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) ke negeri Kedah dan Perlis hari ini.
ย
Turut serta di dalam operasi adalah Tuan Meor Ismail bin Meor Akim, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip, Ketua Pengarah Jabatan Meterologi Malaysia (MET Malaysia).
