OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Previous Next

6 Disember 2020 - Bersama-sama pasukan NEST (NADMA Emergency Support Team) Timur serta team operasi, logistik dan pasca bencana, YBhg Datuk Dr. Aminuddin Hassim Ketua Pengarah NADMA turun padang ke negeri Kelantan untuk meninjau keadaan Monsun Timur Laut di sana.
Lawatan bermula dengan kunjung hormat ke atas SUK Kelantan, YB Dato' Haji Nazran bin Muhammad dimana perbincangan memberi fokus kepada pengurusan bencana di peringkat negeri dan daerah.
Team NADMA kemudian bergerak ke Depoh Simpanan Keperluan Bencana di Pengkalan Chepa untuk melihat status ketersediaan stok bantuan bencana pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat di negeri ini. Di stesen Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Kota Bharu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah memberi penerangan bagaimana sistem berfungsi dan amaran banjir dikeluarkan. Team kemudian menyusuri Sungai Kelantan untuk membuat pemantauan keadaan semasa.
Di pejabat tanah jajahan Pasir Mas, Ketua Jajahan telah memberi penerangan bagaimana pengurusan bencana diuruskan selaras dengan SOP bencana Norma Baharu.
NADMA Malaysia bersama-sama agensi terlibat sentiasa berusaha memastikan koordinasi dan penyelarasan pengurusan bencana dapat diuruskan dengan lebih cekap dan efisien supaya mangsa bencana mendapat perlindungan serta bantuan yang sewajarnya daripada semua pihak.
Kesiapsiagaan Bencana Tanggungjawap Bersama
Previous Next

Sesi Penyerahan Bahan Kempen daripada NADMA Malaysia bagi membudayakan Norma Baharu dalam kalangan masyarakat.
6 Disember 2020, Johor Bahru - Serahan hari ini telah dibuat kepada Majlis Perbandaran dan kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan hot-spot tempat kunjungan orang ramai. Penyerahan dibuat oleh En. Mohamad Azhan bin Md. Amir, Timbalan Ketua Pengarah (PB).
Penyerahan ini merangkumi beberapa jenis bahan kempen seperti Banner berukuran (20 x 4) dan bunting berukuran(2 x 6). Majlis Perbandaran Johor Baharu, telah diterima oleh Tuan Hj. Miswan bin Yunus, selaku Setiausaha MPBJ, Majlis Perbandaran Batu Pahat, diterima oleh En Muhammad Helmi Yakub, Setiausaha MPBP dan edaran ke beberapa kawasan hot-spot.
Previous Next

2/12/2020 - Majlis Penyerahan 700 unit washable face masks MeReka Merdeka oleh pihak Celcom Axiata Berhad untuk diagihkan kepada frontliners dan 1610 kad sim prabayar bagi kegunaan PUS di stesen-stesen kuarantin. YBhg. Datuk Aminuddin Hassim, Ketua Pengarah menyambut sumbangan daripada Puan Zuraida Jamaluddin (Ketua Pegawai Kawalselia & Pembangunan Masyarakat) Celcom. NADMA turut mengambil kesempatan untuk menyerahkan surat bagi menyambung kerjasama dengan pihak Celcom di dalam inisiatif hebahan amaran banjir melalui SMS serta poster dan banner kempen pembudayaan norma baharu.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search