OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Semua barangan bantuan, sumbangan banjir perlu disalur menerusi NADMA - Nancy

TUMPAT: Semua barangan bantuan dan sumbangan banjir perlu disalurkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk pengagihan yang lebih teratur, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata perkara itu bagi mengelakkan bantuan dan sumbangan banjir itu diterima oleh orang yang sama.
 
"Pihak saya ada menerima laporan bahawa ada mangsa banjir yang sama menerima sumbangan dan barangan yang sama," katanya dalam sidang media selepas menyantuni mangsa banjir di pusat pemindahan sementara Sekolah Kebangsaan Seri Tumpat 2, di sini, hari ini.
Nancy berkata pihaknya membenarkan bantuan dan sumbangan daripada pihak luar disalurkan, namun perlu melalui pihak berkuasa seperti NADMA.
Beliau berkata apabila barangan dan sumbangan diagihkan kepada mangsa yang sama, maka ada mangsa lain yang tidak menerima bantuan itu.
"Oleh itu, kita perlu mengelakkannya ia daripada berterusan berlaku dan hari ini kami datang untuk menilai apa yang perlu diberi keutamaan untuk gelombang seterusnya," katanya.
Nancy berkata barangan keperluan telah ditambah di depot simpanan dan akan digunakan untuk banjir gelombang seterusnya yang akan melanda bila-bila masa.
Beliau berkata pihaknya juga sedang mengenal pasti bantuan lain yang diperlukan mangsa banjir termasuk menyediakan pasukannya untuk membantu membersih kediaman yang terkesan banjir.
Nancy berkata mesyuarat di peringkat negara telah diadakan untuk menghadapi gelombang seterusnya, yang dijangka lebih teruk.
"Kalau sudah itu ramalan (MetMalaysia), insya-Allah, kita (JKM) akan berada di sana dan tidak akan membiarkan rakyat menderita keseorangan," katanya.
Pada Isnin, Jabatan Meteorologi menjangkakan luruan monsun akan berlaku dari 8 hingga 14 Dis ini di timur Semenanjung dan keadaan itu berpotensi menyebabkan hujan berterusan di kawasan terbabit dalam tempoh berkenaan.
-- BERNAMA

Jangan sebar ramalan cuaca tidak tepat – APM

DENGKIL: Angkatan Pertahanan Awam (APM) menyeru orang ramai tidak menyebarkan ramalan cuaca yang tidak tepat sehingga menjejaskan perancangan agensi penyelamat dalam menghadapi luruan monsun yang dijangka bermula 8 hingga 14 Disember ini.

Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Aminurrahim Mohamed, berkata anggota dan aset APM siap siaga hadapi episod ketiga luruan monsun yang mengakibatkan hujan berterusan bermula minggu depan di timur Semenanjung.

Selain itu, beliau berkata, kerjasama dan komunikasi dimantapkan dengan Rakan NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara) dan Civil Defence Auxiliary Members (CDA) memastikan persiapan rapi.

“Saya seru warganet tidak sebar berita kurang pasti. Sebar sesuatu ramalan tidak tepat akan merencatkan perancangan agensi kerajaan. Kita khuatir akan beri tumpuan kepada tempat tidak tepat maka keperluan di tempat yang memerlukan pada waktu tertentu itu akan terjejas,” katanya kepada media selepas majlis pelepasan Skuad Ihsan MADANI APM di sini hari ini.

Aminurrahim turut menyeru orang ramai yang ingin menyumbang kepada mangsa banjir untuk berhubung dengan sekretariat pengurusan bencana daerah, negeri, NADMA dan APM agar usaha itu diselaraskan dan tidak berlonggok di satu tempat sahaja.

Beliau berkata ketika ini minyak masak amat diperlukan, khususnya di Kelantan dan sumbangan seperti pakaian tidak diperlukan kerana mencukupi.

Aminurrahim juga meminta sukarelawan dan rakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk bersama-sama turun membantu membaiki peralatan elektrik dan motosikal mangsa banjir.

Usaha ini penting kerana membolehkan peralatan elektrik digunakan semula agar tidak menjadi sisa pepejal selain meringankan beban mangsa banjir.

Beliau berkata, keperluan kini lebih tertumpu kepada usaha pembersihan dan pencucian di rumah mangsa, surau, tempat ibadat serta makanan untuk mangsa banjir yang pulang ke kediaman masing-masing.

Setakat hari ini, terdapat 126 pusat penempatan sementara (PPS) berbanding sebelum ini iaitu 652 PPS di tujuh negeri yang terjejas iaitu Kelantan, Kedah, Terengganu, Johor, Melaka, Perak dan Pahang.

Selain itu, beliau berkata mangsa banjir juga menurun daripada 153,000 sejak 1 Disember lepas kepada 36,146 orang setakat ini.

Rakan NADMA dan CDA telah menggerakkan hampir 11,000 sukarelawan sejak banjir melanda dan membawa bantuan 275 tan bernilai hampir RM14.25 juta. —BERNAMA.

 

Nadma: Coordinated efforts needed to give the right assistance

PETALING JAYA: With floods ravaging 10 states, ensuring a coordinated government response is a top priority for the National Disaster Management Agency (Nadma), says its director-general Datuk Khairul Shahril Idrus.

He said Nadma had been preparing before the northeast monsoon rains.

Their main objective and concerns had been to mitigate risk in the affected areas and to ensure that the right type of assistance reached the victims.

Khairul acknowledged Nadma could not do this alone and needed other government agencies along with public support.

 He was referring to the Rakan Nadma platform which coordinated all assistance from government, NGOs and the private sector when disaster strikes

Khairul said 27,000 volunteers had registered as Rakan Nadma since it was established in 2016.

As of this week, a total of six trailers carrying aid supplies, including food, hygiene kits, family kits, and back-to-school kits, had been sent to help flood victims.

“Five trailers were sent to Kelantan, and one trailer, in collaboration with the Youth and Sports Ministry was sent to Kuala Terengganu.

“The mission was coordinated through a strategic collaboration between Nadma as the coordinating agency, REDA Humanitarian Development Global, the Kelantan Civil Defence Force and various NGOs under Rakan Nadma.

“The effectiveness of the aid delivery was further strengthened by close cooperation between the state and federal Centralised Disaster Operations Control Centre (PKOB), which ensured smooth logistics management and aid distribution.

“The main contributor to this mission was the GLC Demi Rakyat dan Negara (GDRN), which donated RM13.7mil,” said Khairul.

According to Nadma, GDRN is a social responsibility network involving 23 government-linked companies (GLCs).

In addition to sending essential supplies to flood victims, the funds donated by GDRN were also used to provide services such as mobile clinics, medical services, and infrastructure rehabilitation programmes for those affected by the disaster.

“GDRN’s support for Rakan Nadma reflects strong synergy between the government, private companies, and NGOs nationwide in helping disaster victims rebuild their lives.

Each form of assistance reflects deep concern for the needs of flood victims in their efforts to recover,” said Khairul.

Banjir: Tahap siap siaga perlu dikekalkan untuk gelombang kedua

TUMPAT - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mahu tahap siap siaga menghadapi gelombang banjir kali kedua dikekalkan dan mengikut prestasi sama gelombang pertama.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, mengikut ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gelombang kedua berlaku pada 8 hingga 14 Disember.

"Strategi dan atur gerak yang sama dapat dikekalkan kerana ketika banjir melanda, keutamaan kita ialah selamatkan nyawa dan harta benda," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mendengar taklimat Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat ketika lawatan dan tinjauan mangsa banjir di sini pada Jumaat.

Beliau memberitahu, siap siaga bagi gelombang pertama lalu melalui koordinasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) pasukan petugas membabitkan semua agensi dapat memindahkan sehingga 118, 000.

"Ketika banjir melanda bermula Khamis hingga Sabtu, pasukan keselamatan memindahkan lebih 100,000 mangsa kerana persiapan awal yang dilakukan.

"Melalui taklimat tadi, permintaan saya ialah mengekalkan prestasi dan strategi sama," katanya.

Dalam pada itu, Saifuddin memberitahu, pihaknya akan melaksanakan pembersihan di semua premis KDN yang terjejas banjir menggunakan aset agensi itu.

"Kita akan memulakan operasi pembersihan sebaik sahaja tamat gelombang kedua," katanya.

 

Wi-fi percuma di PPS alami masalah Internet

RAUB - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengambil inisiatif dengan menyediakan Wi-fi percuma untuk kawasan pusat pemindahan sementara (PPS) yang menghadapi masalah liputan Internet.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, setakat ini MCMC telah sediakan Wi-fi percuma di 23 lokasi terjejas banjir iaitu 18 di Kelantan dan selebihnya di Terengganu.

Menurutnya, Pahang tidak terlibat kerana liputan internet dalam keadaan baik.

"Tetapi sebenarnya untuk PPS kalau memang ada masalah internet jadi MCMC juga akan turun untuk pasang Wi-fi percuma supaya perkhidmatan komunikasi itu tidak terjejas," katanya.

Beliau berkata sedemikian dalam sidang akhbar selepas melawat tapak menara telekomunikasi di Kampung Tanjung Putus di sini pada Jumaat.

Sebelum itu, Nie Ching melawat dan menyerahkan bantuan kepada 45 mangsa banjir di Kampung Pintu Padang.

Hadir sama, Ahli Parlimen Raub, YB Chow Yu Hui dan Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan negeri, Fadzli Mohamad Kamal.

Ujarnya, penyedia perkhidmatan juga telah diminta melakukan pemerkasaan tapak iaitu menaikkan platform di kawasan tapak yang dikenal pasti lokasi panas banjir.

Sementara itu, Nie Ching juga memberitahu, sebanyak 3 juta khidmat pesanan ringkas (SMS) telah dihantar sejak Oktober lalu hingga Jumaat.

"Jadi perkhidmatan ini akan diteruskan sepanjang musim banjir ini kerana Agensi Pengurusan Bencana Negara telah bagi amaran.

"Sekarang kita menghadapi gelombang pertama dan kita nampak bahawa banyak mangsa pun sudah kembali ke rumah mereka tetapi kita perlu berhati-hati kerana ada kemungkinan bahawa gelombang kedua atau seterusnya," katanya.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search