Covid-19 : Subvarian JN.1 tidak bahaya
- Admin UKK
- Berita
Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan wabak itu, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
Dalam kenyataan hari ini, KKM memaklumkan meskipun terdapat peningkatan kes Covid-19 dalam komuniti sejak kebelakangan ini, purata kes mingguan masih kekal di bawah paras amaran kebangsaan dan tiada kematian dilaporkan setakat ini.
"Situasi ini selaras dengan peralihan fasa hidup bersama Covid-19. Jangkitan juga dapat dikawal sekiranya tahap imunisasi dalam tubuh berada pada tahap optimum," menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, golongan berisiko tinggi digalakkan mendapatkan suntikan dos tambahan vaksin Covid-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan, komplikasi serius dan kematian akibat wabak berkenaan.
Covid-19: Health Ministry urges high-risk groups to get vaccinated amid JN.1 subvariant spread
- Admin UKK
- Berita
KUCHING, June 12 —The Ministry of Health (MoH) has assured the public that the JN.1 Covid-19 subvariant, which has been spreading recently, is not as dangerous as the variants that circulated during the pandemic period.
The ministry also stated that although there has been a recent increase in Covid-19 cases nationwide, the average weekly number of cases remains below the national warning threshold, and no deaths have been reported so far.
In a statement today, MoH highlighted that Covid-19 infections can be effectively controlled by maintaining a strong level of immunity.
As such, the ministry encourages individuals in high-risk groups to receive an additional dose of the Covid-19 vaccine to reduce the risk of infection, serious complications, and death.
“The administration of the Covid-19 vaccine is encouraged for high-risk groups consisting of individuals who have not received the vaccine before,” said the ministry, adding that even those who had previously been vaccinated are encouraged to go for another round.
High-risk groups include individuals aged 18 years and above as well as individuals aged 12 years and above, who have comorbidities or are immunocompromised, pregnant women and healthcare workers, especially those who have direct contact with patients.
MoH said the Covid-19 vaccine is given voluntarily and free of charge at selected government health clinics nationwide, which can be looked up at website covid-19.moh.gov.my and the MySejahtera application.
The public is also advised to continue observing standard Covid-19 prevention measures, such as washing hands regularly with soap or hand sanitiser, practising proper cough etiquette, and wearing a face mask when symptomatic or in crowded places.
“The MoH remains committed to ensuring that community health is given priority and that health services and control of the spread of any epidemic are at the best level,” it added. — The Borneo Post
Putrajaya: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan cuaca panas semasa tempoh Monsun Barat Daya (MBD) pada tahun ini dijangka tidak membawa kesan yang terlalu ekstrem.
Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Halim Hamzah, berkata ia susulan status El Nino Southern Oscilation (ENSO) yang bersifat neutral sekali gus menjadikan impak kemarau tidak seteruk seperti tahun lalu.
"Secara ringkasnya, status neutral ENSO ini bermakna kita boleh menjangkakan monsun yang lebih 'biasa' tanpa pengaruh ekstrem yang dibawa oleh El Nino atau La Nina. Jangkaan ini diramal berterusan sehingga Oktober 2025.
"Walau bagaimanapun, kesan cuaca kering ini masih boleh menyebabkan punca risiko kesihatan, kekurangan bekalan air, kebakaran hutan dan belukar, serta jerebu, dan jika berpanjangan, ia boleh menjejaskan hasil pertanian," katanya pada sesi Taklimat Media Persediaan Menghadapi MBD 2025 di sini, hari ini.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Ambun Dindang berkata, pihaknya menjangkakan purata suhu pada musim panas boleh mencapai hingga 36'C dan 37'C bergantung kepada kawasan.
"Lain tempat, lain purata dia punya suhu. Jadi ia bergantung mengikut kawasan terutamanya kalau kawasan pedalaman dan juga di utara negara dia akan lebih tinggi sedikit.
"Secara umum kita boleh lihat musim MBD ini di pedalaman lebih panas kerana ia lembab dan sinaran matahari itu lebih diserap.
"Justeru, suhu itu dalam julat purata mungkin dalam 36'C dan 37'C terutama pada bulan Julai hingga Ogos dan selepas itu menurun pada September," katanya.
Selain itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan bahawa satu empangan berada di tahap waspada kemarau hidrologi, iaitu Empangan Malut di Kedah, dengan status simpanan 37.6 peratus setakat 27 Mei 2025.
Esok satu mesyuarat penyelarasan operasi pembenihan awan di negeri Kedah akan dilakukan sebagai langkah proaktif mengatasi isu itu.
MBD bermula pada Selasa lalu dan berterusan sehingga September ini susulan tiupan angin yang mula bertiup secara konsisten dari arah barat daya ke rantau negara.
Sepanjang musim terbabit, kadar kelembapan udara lazimnya rendah, sekali gus menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan di kebanyakan tempat.
Justeru, negara akan menerima jumlah hujan yang lebih rendah berbanding tempoh lain dengan bilangan hari tanpa hujan adalah lebih banyak.
Bagaimanapun, hujan lebat berserta angin kencang dan ribut petir masih boleh berlaku di kawasan barat Semenanjung, utara Sarawak dan barat Sabah, terutamanya pada awal pagi, berikutan kehadiran fenomena garis badai.
TANAH MERAH: Seorang lelaki menempuh detik cemas apabila kereta dipandunya dihempap sebatang pokok ketapang yang tumbang akibat ribut.
Muhamad Asyraf Afiq Abdulatif, 32, keluar ke kedai untuk membeli barang dapur sebelum kejadian kira-kira 200 meter (m) dari rumahnya di Jalan Pondok Lama di sini, jam 5.30 petang semalam.
Beliau melalui jalan itu dalam keadaan hujan lebat sebelum sebatang pokok ketapang di tepi jalan tumbang lalu menimpa kereta Proton Saga BLM dipandunya.
"Dalam panik, saya merangkak ke ruang penumpang belakang dan keluar menerusi pintu kanan sebab bahagian hadapan sudah tersekat dan ditutup dengan dahan pokok besar.
"Mujur saya tidak memandu laju sebab kalau laju sedikit, mungkin kereta ditimpa batang pokok dan tak tahu apa nasib saya.
"Ketika kejadian, tiada orang lalu lalang disebabkan hujan lebat dan saya menghubungi pihak berkuasa sebelum pasukan bomba tiba untuk memotong pokok bagi mengeluarkan kereta," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Muhamad Asyraf yang juga anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berkata, keretanya mengalami kerosakan teruk namun masih boleh dibaiki.
Katanya, daerah itu dilanda hujan lebat dan ribut petir sejak dua hari lalu.
"Memang saya agak trauma dengan kejadian itu tapi syukurlah semua selamat dan ahli keluarga tidak bersama dalam kereta," katanya.