Pada 9/12/2020 telah diaktifkan semula PKRC Maeps untuk menempatkan pesakit (bukan warganegara) berisiko rendah dan tidak bergejala. Jumlah kumulatif pesakit sehingga 26/12/2020 adalah 10,725 orang manakala pesakit yang sedang dirawat adalah 3.404 orang manakala 7,173 orang telah discaj.
Seramai 1427 orang petugas ditempatkan di sini bagi memastikan pengoperasian berjalan lancar. Terima kasih team NADMA, KKM, SUK Selangor, APM, ATM, PDRM, BOMBA, JIM, JAPEN, JKM, RELA, MAEPS, Radicare, JKR, TNB, KLN, JKWPKL, TM dan lain-lain atas bakti anda dalam memerangi pandemik Covid-19.
Aktiviti Pengeluaran Aset dan Stok NADMA daripada Depot Tindak Balas Kemanusiaan Negara, Sungai Buloh ke Pusat Kuarantin dan Berisiko Rendah COVID 19 (PKRC) MAEPS, Serdang
- Admin UKK
- Berita
23/12/2020 - Aktiviti Pengeluaran Aset dan Stok NADMA daripada Depot Tindak Balas Kemanusiaan Negara, Sungai Buloh ke Pusat Kuarantin dan Berisiko Rendah COVID 19 (PKRC) MAEPS, Serdang.
Aset-aset ini melibatkan 3,200 unit bantal dan 20 unit almari besi tidak berpintu yang dihantar sebagai stok tambahan bagi menampung kemasukan pesakit di sana.
Lawatan YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Meninjau Keadaan Banjir di Negeri Kelantan
- Admin UKK
- Berita
22/12/2020 - Sekitar lawatan YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meninjau keadaan banjir di negeri Kelantan. Ketua Pengarah NADMA, Datuk Aminuddin Hassim bersama-sama Menteri Besar Kelantan dan barisan exco menyambut ketibaan YAB Perdana Menteri yang kemudiannya dibawa menyantuni mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Gual Tinggi, Rantau Panjang.
YAB Perdana Menteri telah diberi taklimat berkaitan keadaan semasa dan pengurusan MTL 2020/2021 dan seterusnya menyampaikan sumbangan kepada Ketua-ketua isi rumah yang telah terkesan.
Ketua Pengarah NADMA Mengadakan Perjumpaan Bersama Timbalan Menteri (Tugas-Tugas Khas) di Jabatan Perdana Menteri, YB Datin Mastura Mohd Yazid
- Admin UKK
- Berita
21/12/2020 - Sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datin Mastura Mohd Yazid turut dipertanggungjawabkan untuk membimbing NADMA Malaysia dalam menerajui pengurusan bencana negara.
YBhg Dato Aminuddin bin Hassim selaku Ketua Pengarah NADMA sentiasa memberikan laporan terkini berkaitan pengurusan agensi, berbincang dan mendapatkan pandangan berkaitan halatuju NADMA agar pengurusan bencana negara lebih mantap sejajar dengan senario bencana semasa negara.
Pemantauan NADMA Emergency Support Team (NEST) Sekitar Kejadian Banjir di Kuala Krai, Kelantan
- Admin UKK
- Berita
Pemantauan NADMA Emergency Support Team (NEST) sekitar kejadian banjir di Kuala Krai, Kelantan.
Secara amnya penduduk di sini memang berada dalam keadaan siapsiaga memandangkan episod banjir sudah sebati dengan kehidupan mereka. Para petugas agensi-agensi berkaitan juga sangat berpengalaman dan mematuhi SOP Norma Baharu dalam melaksanakan kerja-kerja menyelamat dan pengurusan pusat-pusat pemindahan sementara
Daripada pemerhatian team NEST, pematuhan SOP dari segi pendaftaran, suhu harian, penjarakan sosial adalah baik. Memandangkan suasana agak berbeza dari dahulu, para petugas PPS perlu sentiasa memberi peringatan kepada penghuni tentang keperluan dan kepentingan pemakaian face mask.
Dari aspek kesihatan, pihak KKM mengadakan lawatan harian, melaksanakan sanitasi dan kawalan vektor dengan membuat fogging.
Makanan berbungkus disediakan 4 kali sehari- sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam. Bekalan air bersih dibekalkan melalui 2 tubewell yang dibina pasca banjir 2014. Bagi aspek keselamatan pula, PPS dikawal oleh anggota RELA.