OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Kebakaran hutan Jepun musnahkan bangunan, dorong pemindahan

Kebakaran hutan Jepun musnahkan bangunan, dorong pemindahan

TOKYO: Kebakaran hutan di utara Jepun memusnahkan lebih 80 bangunan dan memaksa ratusan penduduk dipindahkan, dengan helikopter tentera dikerah membantu usaha pemadamannya, kata pihak berkuasa, hari ini.

Rakaman udara dari penyiar awam NHK menunjukkan malapetaka itu menyebabkan beberapa rumah hangus dijilat api di kawasan hutan Ofunato di wilayah Iwate.

Hampir 600 penduduk berhampiran dipindahkan, menurut majlis perbandaran tempatan tanpa memperincikan bilangan mangsa cedera yang disahkan setakat ini.

Setakat pagi ini, pegawai bandar menganggarkan sekurang-kurangnya 84 bangunan rosak akibat kebakaran itu yang cuba dipadamkan dari udara oleh Self-Defence Forces.

Datuk Bandar Ofunato, Kiyoshi Fuchigami menyifatkan kebakaran petang semalam itu sebagai 'berskala besar' dengan mengatakan kira-kira 600 hektar tanah atau tiga kali ganda saiz Monaco terbakar.

 

Katanya, punca kebakaran masih tidak diketahui. 

Terdapat kira-kira 1,300 kebakaran hutan di seluruh Jepun pada 2023, tertumpu pada tempoh Februari hingga April tercetus apabila udara kering dan tiupan angin.

Dalam kes kebakaran terbaru Iwate, angin kencang dari barat mendorong beberapa siri kebakaran hutan yang lebih kecil merebak di kawasan sama, kata Fuchigami.

Seorang mangsa wanita berusia 45 tahun memberitahu NHK, api hampir menyambar rumahnya ketika dia pulang dari kerja.

"Saya sangat lega anak-anak saya selamat," katanya.

Seorang lelaki berusia 32 tahun, memberitahu stesen penyiar, ia kali pertama dia melihat siri kebakaran berlaku berturut-turut dengan pantas.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search