OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Feasts for flood heroes

MELAKA: The dedication and unwavering efforts of frontliners, particularly throughout the month of Ramadan, have not gone unnoticed by the community.

State Civil Defence Force (APM) chairman Assoc Kol (PA) Mike Thien said various organisations and individuals decided to honour these frontliners for their flood relief efforts in two affected districts.

“We should praise and emulate these selfless responders’ acts of kindness, generosity, and camaraderie,” he said in an interview. Thien also expressed appreciation for the overwhelming support extended to the frontliners.

“In addition to hotels offering to host Ramadan buffets, halal Chinese eateries and banana leaf restaurants have also come forward to treat the frontliners.

“It is a good show of appreciation, as they played a crucial role in the rescue and evacuation efforts during the recent devastating flash floods,” he said.

He said non-Muslims have also expressed a desire to host buka puasa gatherings for flood victims.

“This reflects the deep-rooted sense of unity and compassion, especially during the holy month.”

Thien added that state APM director Lt-Kol (PA) Kamarulsyah Muslim has paid close attention to the rescue mission and evacuation efforts, which have had a positive impact on the public.

The floods saw 330 people from 93 families being evacuated. Two districts, Melaka Tengah and Jasin, were badly affected, with the evacuees placed at five temporary relief centres.

Meanwhile, the Dusit Princess Hotel also came forward to honour the front­liners. The hotel has begun preparing Ramadan cakes and pastries as a token of gratitude for these unsung heroes.

Dusit International representative Richard Suter said the dedication of the frontliners must not be forgotten. “Our small gesture is to acknowledge their selfless service and dedication.”

Banjir Sabah: Penduduk terjejas di 3 daerah meningkat

KOTA KINABALU, 20 Mac- Perkembangan banjir di Sabah.

Setakat pukul 12 tengah hari tadi, jumlah penduduk terjejas banjir di tiga daerah yang ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 227 penduduk melibatkan 59 keluarga berbanding 65 orang daripada 18 keluarga, pagi tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, 132 penduduk daripada 32 keluarga ditempatkan di dua PPS di Sandakan.

PPS tersebut ialah Masjid Nur Iman Kampung Sungai Memanjang yang menempatkan 119 penduduk dan Masjid Nurul Iman Kampung pertanian yang menempatkan 13 penduduk.

Di Beluran pula, 92 orang daripada 26 keluarga ditempatkan di dua PPS iaitu Dewan Kampung Balaban Jaya dan Dewan Kampung Sungai Nangka.

Sementara di Paitan, tiga penduduk daripada satu keluarga berlindung di PPS SMK Pamol.

Ketika ini, operasi pemindahan penduduk terjejas banjir masih dijalankan anggota keselamatan.

 

Baju raya, langsir, televisyen baharu semua sudah tenggelam – Mangsa banjir

JOHOR BAHRU – “Kelengkapan raya yang sudah dibeli seperti baju, langsir dan televisyen baharu sudah ditenggelami banjir.” Itu luahan seorang mangsa banjir, Hairul Azim Jasmin, 21, dari Kampung Pasir Tebrau di sini hari ini.

Dia yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mutiara di sini sejak semalam menganggap banjir kali ini lebih mencabar kerana penduduk sedang berpuasa dan bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Hairul berkata, dia reda dan pasrah dengan keadaan itu dan akan menyambut hari lebaran seadanya.

Kawasan yang terjejas di kampung berkenaan, katanya, melibatkan 54 rumah dengan 105 keluarga melibatkan pelbagai peringkat usia.

“Keadaan semakin memburuk sejak semalam dan sudah surut tetapi paras air meningkat semula pagi tadi dan mula menenggelamkan rumah penduduk.

“Waktu malam keadaan sudah teruk tapi sekitar tengah hari sempat surut. Pagi tadi hujan turun lagi dan air naik semula dan kami hanya sempat selamatkan dokumen penting sahaja,” katanya ketika ditemui.

Setakat ini semua penduduk sudah dipindahkan ke PPS berkenaan kecuali satu keluarga yang sedang dibantu pihak bomba untuk dipindahkan.

“Kebiasaannya kalau kampung lain dah banjir, sini ambil masa dua hingga tiga hari baru dinaiki air. Tapi kali ini air naik mendadak, mungkin sebab sungai makin cetek dan tiada pembinaan tebing,” katanya.

Tambah Hairul, bencana alam tersebut berlaku hampir sama dengan tahun lalu iaitu sekitar Februari atau Mac.

Sementara itu, suri rumah, Zaleha Bachok, 52, berkata, air mula naik pagi tadi selepas hujan sepanjang malam dan rumahnya yang terletak di kawasan tinggi turut dimasuki air.

“Depan rumah air dah naik paras pinggang dan saya terpaksa pindah pagi tadi. Malam tadi pun kami buka puasa di luar sebab PPS belum dibuka.

“Sepanjang 29 tahun tinggal di sini, ini banjir yang paling teruk pernah terjadi tapi apa boleh buat, kami reda sebab duduk di kawasan rendah,” katanya.- MalaysiaGazette

Murid, guru dan kerani SJKC Yong Seng dipindahkan akibat banjir

SIBU, 20 Mac: Lima murid bersama lima guru dan seorang kerani SJKC Yong Seng di Jalan Stabau di sini dipindahkan susulan jalan utama kawasan sekolah tersebut dinaiki air selepas hujan lebat hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, ketinggian air di jalan utama mencapai paras kira-kira setengah meter, menyebabkan ia tidak dapat dilalui oleh kenderaan kecil.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu Jaya digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada pukul 10 pagi.

Operasi selesai dalam 28 minit, dengan semua mangsa dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.

RM10 juta untuk laksana projek kolam takungan air

KUCHING, 20 Mac: Projek kolam takungan air (Kolam SUSTom) bernilai RM10 juta yang tertangguh akibat isu tapak warisan sejarah kuarters jururawat lama di Jalan Crookshank akan diterukan mengikut perancangan awal.

Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak, Law Wee berkata, pihaknya kini akan menyambung semula perancangan serta kerja-kerja yang tertangguh dan akan memastikan Kolam SUSToM itu nanti memberi manfaat serta mengurangkan permasalahan banjir di kawasan sekitar Hospital Umum Sarawak.

“Anggaran dalam RM10 juta untuk kawasan ini dan kita akan membina kolam penampungan air (Kolam SUSToM) di kawasan ini. Jadi kami bersetuju untuk mengekalkan bangunan lama sebagai tapak warisan manakala segmen bangunan atau tapak baharu yang dibina selepas bangunan asal didirikan akan diroboh bagi kerja-kerja pembinaan kolam takungan air ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa lawatan tinjauan ke Kuarters Jururawat Lama di Kuching pada Khamis.

Untuk rekod, kerja-kerja pembersihan serta pembinaan kolam penampungan air yang sebelum ini ditangguhkan pada Ogos 2024 dijangka akan dimulakan semula dalam masa terdekat apabila isu kuarters jururawat lama di sini, berjaya di selesaikan oleh Kerajaan Sarawak dan Persatuan Warisan Sarawak.-TVS

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search