Sekolah di Sabah ditutup jika IPU melebihi 150 tiga hari berturut-turut – SKN Sabah
- Admin UKK
- Berita
KOTA KINABALU: Semua sekolah di Sabah di kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 150 selama tiga hari berturut-turut akan diarahkan tutup sementara bagi melindungi kesihatan murid dan guru daripada kesan jerebu.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman berkata keputusan itu diputuskan sebagai langkah berjaga-jaga susulan keadaan kualiti udara yang semakin membimbangkan.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, langkah berkenaan turut selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan (KPM) susulan titah nasihat Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
“Langkah ini juga selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan susulan titah nasihat Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Sementara itu, semua sekolah di daerah Tawau diarahkan tutup mulai esok berikutan bacaan IPU di kawasan berkenaan melebihi 150.
Hari ini, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek dilaporkan berkata penutupan dilakukan membabitkan semua sekolah di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan, selain daerah Hulu Langat dan Sepang di Selangor serta Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang.
Di Sarawak, penutupan turut membabitkan sekolah di daerah Serian, Sri Aman dan Lubok Antu.
Sepanjang tempoh penutupan, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan, manakala guru serta Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) dibenarkan bekerja dari rumah.
Turut dilaporkan sebanyak 22 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat setakat pukul 3 petang, sekali gus mencetuskan langkah pencegahan bagi mengurangkan pendedahan murid dan warga sekolah kepada udara tercemar. – UTUSAN
Alza ‘terangkat’ kena puting beliung
- Admin UKK
- Berita
PETALING JAYA – Sebuah kereta Perodua Alza ‘terangkat’ gara-gara angin ribut dan fenomena seumpama puting beliung yang membadai di kawasan plaza tol di Damansara.
Menerusi sebuah rakaman video tular di Threads, Zhaein, angin kencang yang luar biasa menyebabkan kenderaan itu terangkat daripada kedudukannya.
“Kuasa Alam,” tulis kapsyen hantaran tersebut.
Akibat kejadian itu, kereta tersebut turut dilihat melanggar kenderaan lain yang sedang beratur di plaza tol berkenaan.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna terkejut melihat kejadian tersebut selain mendoakan keselamatan pemandu.
“Puting beliung tu lalu atas padang ni lepas dia lalu tol Kota Damansara, dia singgah menidurkan hampir 50 peratus pokok besar yang akar agak gagah juga. Kuasa Alam,” kata Tuanmell.
“Jangan lupa masukkan insurans bencana alam, tapi kes macam ni termasuk bencana alam ke?,” kata Aneff.
KUALA LUMPUR: Jerebu rentas sempadan yang menjejaskan kualiti udara negara sejak 8 Ogos lalu dijangka beransur-ansur berkurangan dalam tempoh dua minggu susulan perubahan corak pergerakan angin.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Syed Ibrahim Syed Noh, berkata Malaysia kini berada dalam fasa peralihan monsun sejak 9 Oktober, sebelum monsun timur laut dijangka bermula pada penghujung Oktober.
"Bagaimanapun, saya ingin menegaskan perubahan keadaan cuaca semata-mata bukanlah penyelesaian jangka panjang terhadap isu jerebu. Mungkin akan berulang lagi.
"Jadi, usaha pencegahan kebakaran ini mesti berlaku di punca. Penguatkuasaan undang-undang mesti domestik serta kerjasama serantau mesti diperkukuh untuk kita akhirnya dapat mengurangkan risiko kejadian yang sama berulang pada masa hadapan," katanya ketika menjawab isu jerebu rentas sempadan dalam sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab isu itu selepas ucap runding oleh Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang menyifatkan jerebu sebagai krisis nasional kerana menjejaskan kesihatan awam, keselamatan, ekonomi dan kesejahteraan rakyat, selain dibangkitkan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) dan Young Syefura Othman (PH-Bentong).
Lee Wuen berkata, jerebu bukan lagi sekadar gangguan bermusim, sebaliknya kecemasan tahunan yang memerlukan tindakan lebih tegas, termasuk penggubalan Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan serta perkongsian data titik panas dan konsesi secara lebih telus.
Young Syefura pula meminta penjelasan mengenai tindakan diplomatik yang diambil kerajaan terhadap Indonesia, termasuk maklum balas yang diterima dan keberkesanan langkah berkenaan, selain menggesa penguatkuasaan domestik serta perlindungan kepada golongan berisiko diperkukuh.
Menjawab perkara itu, Syed Ibrahim berkata, episod jerebu berpunca daripada peningkatan kejadian kebakaran hutan dan tanah di beberapa wilayah Indonesia, termasuk Kalimantan dan Sumatera, yang turut menjejaskan kualiti udara di beberapa kawasan di Malaysia, khususnya Sarawak.
Sebagai langkah mitigasi, kerajaan turut melaksanakan 11 operasi pembenihan awan dari 30 Ogos hingga 15 Oktober dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara.
"Cabaran utama dalam pelaksanaan undang-undang yang ada elemen merentas sempadan ini ialah keupayaan untuk mendapatkan bukti yang mencukupi untuk menentukan punca pencemaran dan pihak yang bertanggungjawab," katanya.
Syed Ibrahim berkata, setakat ini kementerian belum menerima maklumat rasmi daripada Kementerian Luar atau Kementerian Perladangan dan Komoditi mengenai pembabitan syarikat Malaysia dalam kejadian pembakaran terbuka di Indonesia. – BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 26 stesen pemantauan kualiti udara di seluruh negara merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 9.16 malam ini, dengan Pasir Gudang, Johor mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 175.
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), tujuh kawasan di Johor merekodkan bacaan IPU tidak sihat, termasuk Pasir Gudang, Larkin (167), Kota Tinggi (165), Pengerang (162), Batu Pahat (158) serta Kluang dan Tangkak yang masing-masing mencatatkan 151.
Di Melaka, bacaan tidak sihat direkodkan di Bukit Rambai (169), Bandaraya Melaka (168) dan Alor Gajah (156).
Negeri Sembilan turut terjejas apabila Nilai mencatatkan IPU 162, diikuti Seremban (158) dan Port Dickson (155).
Di Lembah Klang, bacaan tidak sihat direkodkan di Johan Setia, Selangor (161), Putrajaya (158), Klang (157), Batu Muda dan Cheras yang masing-masing mencatatkan 155, serta Shah Alam (152).
Di Pahang, Rompin merekodkan IPU 156, manakala Balok Baru, Kuantan mencatatkan 155. Sri Aman di Sarawak turut merekodkan bacaan 155.
Di Terengganu pula, Kemaman dan Besut masing-masing mencatatkan IPU 152.
Secara keseluruhan, daripada 68 stesen pemantauan di seluruh negara, sebanyak 26 stesen merekodkan bacaan pada tahap tidak sihat, iaitu antara 101 hingga 200.
Sebanyak 41 stesen mencatatkan bacaan sederhana, antara 51 hingga 100, manakala hanya satu stesen merekodkan kualiti udara pada tahap baik, iaitu antara sifar hingga 50.
Tiada stesen merekodkan bacaan pada tahap sangat tidak sihat atau berbahaya.
Susulan keadaan itu, orang ramai, khususnya golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai penyakit respiratori, dinasihatkan mengurangkan aktiviti fizikal di luar rumah.
Orang ramai turut diingatkan supaya memakai pelitup muka ketika berada di luar bangunan bagi mengurangkan risiko komplikasi kesihatan.
Mumtaz Nawi (PN-Tumpat) said practical survival skills should be incorporated into the education syllabus, particularly as Malaysia braces for a possible Super El Niño phenomenon next year.
Speaking in the Dewan Rakyat today, she warned that Malaysia could experience extreme heat between February and May 2027, with temperatures potentially exceeding 41°C.
She said the proposed syllabus should equip Malaysians with practical skills to handle emergencies rather than focus solely on theoretical knowledge.
“It should cover disaster preparedness beyond floods, including extreme heat, first aid, financial management during crises, cybersecurity emergencies, and disruptions to water, food and energy supplies,” she said.
Mumtaz also cited Japan and the Philippines as examples of countries that had taken steps to strengthen disaster preparedness and resilience.
She called for a comprehensive climate preparedness framework, including a climate map and calendar, to improve Malaysia’s ability to respond to the growing risks posed by climate change.
The meteorological department has forecast scorching weather between March and May next year due to the Super El Niño phenomenon, which could see temperatures surpass Malaysia’s record high of 40.1°C.
Its director-general, Hisham Anip, said an analysis of the current El Niño phenomenon, combined with the effects of climate change and global warming, suggested that temperatures could exceed 41°C.
He said the department was also working with the health ministry to develop a heat index to establish thresholds for warning the public about health risks associated with hot weather.
