OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Kerjasama serantau tangani jerebu rentas sempadan

Kerjasama serantau tangani jerebu rentas sempadan

KUCHING, 27 Okt: Kerjasama serantau perlu diperkukuh bagi menangani masalah jerebu rentas sempadan yang memberi kesan kepada Sarawak sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, isu berkenaan memerlukan pendekatan bersama antara negara terlibat bagi membangunkan strategi yang berkesan untuk menangani masalah itu dari punca.

Menurut beliau, kesan jerebu tidak terhad kepada kawasan yang berlaku pencemaran, sebaliknya boleh merebak merentasi sempadan negara bergantung pada pergerakan angin.

“Kita telah mengalami jerebu sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Keadaan ini sebahagian besarnya disebabkan oleh jerebu rentas sempadan. Jadi, untuk menangani masalah ini, kita perlu menanganinya terus dari puncanya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Persidangan Pendidikan Alam Sekitar 2026 (EEC 2026) yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Awang Tengah menegaskan, isu alam sekitar seperti perubahan iklim, kemerosotan sumber biodiversiti dan alam sekitar memerlukan kerjasama, perkongsian ilmu serta tindakan yang kolektif.

Beliau berkata, kerjasama yang kukuh penting bagi membolehkan negara-negara terlibat merangka pendekatan dan strategi bagi menangani cabaran alam sekitar terutama yang melibatkan rentas sempadan.

Sehubungan itu, Awang Tengah berharap agar usaha dalam memperkukuh kerjasama serantau dapat diteruskan dalam memastikan sebarang isu berkaitan alam sekitar, termasuk jerebu dapat ditangani secara berkesan, sekali gus mengurangkan kesannya terhadap kawasan yang terjejas-TVS

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search