OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Prabowo arah tindakan keras syarikat terkait kebakaran hutan, batal lesen

Prabowo arah tindakan keras syarikat terkait kebakaran hutan, batal lesen

JAKARTA: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mengarahkan polis menyiasat sama ada syarikat yang dikaitkan dengan kebakaran hutan dan tanah di Sumatera dan Kalimantan boleh dipertanggungjawabkan secara jenayah.

Beliau menegaskan bahawa pembatalan lesen semata-mata tidak mencukupi, lapor Xinhua.

Arahan itu dikeluarkan semasa mesyuarat Kabinet pada Rabu yang membincangkan usaha memadam kebakaran dan langkah mitigasi bagi tempoh satu setengah bulan akan datang, yang dianggap pihak berkuasa sebagai tempoh berisiko tinggi berlaku kebakaran.

Prabowo berkata, lesen syarikat yang didapati bertanggungjawab terhadap kebakaran itu perlu dibatalkan dan syarikat berkenaan berdepan siasatan jenayah.

Wilayah Kalimantan dan Sumatera di Indonesia berdepan kebakaran hutan dan tanah yang meluas tahun ini, dengan jerebu menjejaskan penerbangan, memaksa penutupan sekolah dan menyebabkan kualiti udara berada pada tahap berbahaya di beberapa kawasan di negara itu. – BERNAMA-XINHUA

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search