OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Udara empat kawasan Tahap Sangat Tidak Sihat di Sarawak

Udara empat kawasan Tahap Sangat Tidak Sihat di Sarawak

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di Sarawak kekal membimbangkan apabila empat kawasan merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada Tahap Sangat Tidak Sihat setakat jam 10 pagi ini.

Berdasarkan semakan di laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Serian merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 298, diikuti Kuching (252), Sri Aman (232) dan Samarahan (230).

Bacaan di Serian menunjukkan sedikit penurunan berbanding 302 yang direkodkan sebelum ini, namun masih menghampiri paras 300.

Sementara itu, sebanyak 25 kawasan lain merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat, dengan majoritinya membabitkan lokasi di Sarawak, Selangor, Perak, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka.

Di Sarawak, Mukah mencatatkan bacaan tertinggi dalam kategori tidak sihat iaitu 185, diikuti Sarikei (183), Samalaju (179), Bintulu (170), ILP Miri (169), Sibu (166) dan Miri (164).

Di Selangor, Johan Setia merekodkan bacaan 167, diikuti Shah Alam (163) dan Banting (159), manakala Klang dan Petaling Jaya masing-masing mencatatkan 155 dan 154.

Di Perak, Tasek Ipoh merekodkan bacaan IPU 161, diikuti Seri Manjung (158) dan Tanjung Malim (156).

Batu Muda, Kuala Lumpur dan Banting, Selangor masing-masing mencatatkan bacaan 159, manakala Cheras, Kuala Lumpur merekodkan 156.

Nilai, Negeri Sembilan pula mencatatkan bacaan 157, diikuti Putrajaya dan Klang, Selangor masing-masing 155.

Petaling Jaya, Selangor merekodkan bacaan 154, manakala Pegoh Ipoh dan Kuala Selangor masing-masing mencatatkan 152, diikuti Seremban, Negeri Sembilan (152).

Di Melaka, Alor Gajah merekodkan bacaan 138, diikuti Bukit Rambai (124), manakala Labuan mencatatkan 110.

Dalam pada itu, sebanyak 34 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana.

Tiga kawasan pula berada pada tahap baik, iaitu Balik Pulau, Pulau Pinang dengan bacaan 49, diikuti Kangar, Perlis (46) dan Langkawi, Kedah (32).

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search