OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Serian, Kuching catat IPU tahap bahaya setakat 11 pagi Jumaat

Serian, Kuching catat IPU tahap bahaya setakat 11 pagi Jumaat

KUALA LUMPUR, 4 September – Kualiti udara di Sarawak pagi ini terus merosot dengan stesen pemantauan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian merekodkan Indeks Pencemar Udara (IPU) bahaya melepasi 500 iaitu 517.

Berdasarkan kemas kini di laman sesawang Sistem Indeks Pencemar Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), setakat 11.00 pagi, Kuching juga mencatatkan bacaan pada tahap bahaya iaitu 310.

Samarahan dan Sri Aman pula merekodkan bacaan paras sangat tidak sihat iaitu (281) dan Sri Aman (239).

10 kawasan pula merekodkan bacaan IPU tidak sihat dengan enam daripadanya di Sarawak iaitu Sarikei (182), Sibu (178), Mukah (175), Bintulu (157) , Samalaju (151) dan ILP Miri (113).

Dua kawasan di Sabah turut merekodkan bacaan IPU tidak sihat iaitu Sandakan dan Politeknik Kota Kinabalu, dengan masing-masing 152 dan 120.

Di Semenanjung, dua kawasan di Johor mencatatkan kualiti udara tidak sihat iaitu Pasir Gudang (126) dan Segamat (102)

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search