OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Bomba ambil masa dua jam padam kebakaran belukar Kampung Kelapa Mawar

Bomba ambil masa dua jam padam kebakaran belukar Kampung Kelapa Mawar

LIMBANG,16 Ogos: Bomba mengambil masa dua jam memadam kebakaran belukar Kampung Kelapa Mawar seluas setengah ekar petang ini.

Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang Pegawai Bomba Ramlan Marajan berkata sepasukan anggota dikerah ke lokasi kejadian yang jauhnya 11 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) sebaik menerima panggilan kecemasan jam 1 petang.

β€œSetiba pasukan dI lokasi, kebakaran melibatkan hutan belukar (gambut) di Jalan Kampung Kelapa Mawar yang terbakar seluar setengah ekar.

β€œPasukan operasi bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan satu aliran 200 kaki, dua nozel dan dari foating pam (kampung) air terbuka,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi yang diserta enam pegawai dan anggota melibatkan dua kenderaan bomba itu berjaya ditamatkan pada jam 3.10 petang.

Pada Khamis lepas, anggota bomba terpaksa mengambil masa dua hari memadam kebakaran hutan belukar di Kampung Buangkuati yang berjaya dipadam sepenuhnya pada Jumaat lepas. -TVS

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search