OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Pengguna dinasihat guna elektrik secara berhemah ketika cuaca panas, kering

Pengguna dinasihat guna elektrik secara berhemah ketika cuaca panas, kering

KUCHING, 11 Ogos: Sarawak Energy menggalakkan pengguna menggunakan elektrik secara berhemah susulan keadaan cuaca panas dan kering berpanjangan yang turut disertai jerebu di Sarawak ketika ini.

Menurut Sarawak Energy Berhad (SEB), keadaan berkenaan dijangka berterusan dalam tempoh beberapa minggu akan datang dan berpotensi meningkatkan penggunaan elektrik apabila orang ramai menggunakan penghawa dingin serta peralatan penyejuk lain untuk tempoh lebih lama.

“Pada masa sama, cuaca kering berpanjangan boleh menjejaskan sumber air yang menyokong penjanaan tenaga hidro.

“Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan mengelakkan penggunaan elektrik yang tidak diperlukan, khususnya ketika permintaan tenaga berada pada tahap tinggi,” demikian menurut SEB dalam kenyataan, hari ini.

Antara langkah mudah yang boleh diamalkan ialah menetapkan penghawa dingin sekitar 24 darjah Celsius, menutup lampu dan peralatan elektrik apabila tidak digunakan serta mengelakkan penggunaan serentak beberapa peralatan berkuasa tinggi.

Bagi pengguna yang mempunyai meter pintar, mereka boleh menggunakan perkhidmatan digital Sarawak Energy menerusi aplikasi mudah alih dan portal web SEB cares bagi memahami, memantau serta mengurus penggunaan elektrik dengan lebih baik.

Ciri Energy Insights membolehkan pengguna menjejaki penggunaan elektrik mengikut jam, harian dan bulanan bagi mengenal pasti peluang menjimatkan tenaga serta mengurus kos.

SEB berkata, pihaknya terus memantau keadaan cuaca, sumber air dan permintaan elektrik serta mengambil langkah sewajarnya bagi menyokong kebolehpercayaan bekalan elektrik sepanjang tempoh berkenaan.

“Pengguna digalakkan memainkan peranan dengan menggunakan elektrik secara bertanggungjawab dan mengamalkan penjimatan tenaga,” katanya.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search