OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Tiada mangsa terlibat insiden kebocoran gas di NCH Lawas

Tiada mangsa terlibat insiden kebocoran gas di NCH Lawas

LAWAS, 23 Julai: Tiada mangsa dilaporkan dalam insiden kebocoran gas yang dikesan di Northern Coastal Highway (NCH), Kampung Dato di sini, petang tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerusi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas menjalankan operasi pemantauan susulan kejadian berkenaan bagi memastikan kawasan terbabit kekal selamat.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sarawak, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 5 petang sebelum sebuah jentera D-Max bersama empat anggota digerakkan ke lokasi dan tiba pada jam 5.24 petang.

β€œSetibanya di lokasi, pasukan bomba mengesahkan berlaku kebocoran gas lalu memasang sawar keselamatan pada jarak kira-kira 40 meter dari kawasan kebocoran.

β€œPihak kontraktor turut diarahkan menghentikan semua aktiviti di lokasi sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, operasi pemantauan akan diteruskan secara berkala dari semasa ke semasa bagi memastikan keadaan di lokasi terkawal. -TVS

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search