OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Rumah musnah dalam kebakaran di Batang Ai

Rumah musnah dalam kebakaran di Batang Ai

ENGKILILI, 21 Julai: Sebuah rumah di Batang Ai Hydro, Jalan Lubuk Antu dekat Engkilili musnah dalam kebakaran tengah hari tadi, namun kesemua empat penghuninya berjaya menyelamatkan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.28 tengah hari sebelum sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong dikerahkan ke lokasi yang terletak kira-kira 72 kilometer dari balai.

β€œPasukan bomba terpaksa menggunakan bot awam untuk menyeberangi sungai bagi mendapatkan akses ke lokasi kebakaran.

β€œSetibanya di tempat kejadian pada jam 1.48 tengah hari didapati sebuah rumah berukuran kira-kira 20 kaki x 20 kaki telah musnah terbakar sepenuhnya,” kata kenyataan itu.

Rumah berkenaan didiami sepasang suami isteri bersama dua orang anak, masing-masing seorang lelaki dan seorang perempuan.

Kesemua penghuni dilaporkan selamat dan tiada kecederaan berlaku dalam insiden itu.

Pasukan bomba kemudian menjalankan kerja-kerja pemadaman serta pemeriksaan akhir (overhaul) bagi memastikan tiada lagi bara atau punca api yang boleh mencetuskan kebakaran semula.

Operasi berjaya dikawal pada jam 1.49 tengah hari dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 4 petang.-TVS

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search