OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Tanah runtuh di Jalan Tapah-Cameron Highlands, tiada mangsa terbabit

Tanah runtuh di Jalan Tapah-Cameron Highlands, tiada mangsa terbabit

Ipoh: Satu kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan Tapah-Cameron Highlands dekat Batu 25 (Jalan Pahang), kira-kira tujuh kilometer (km) ke Ringlet, Cameron Highlands, Pahang akibat hujan lebat berterusan hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.12 petang dan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah digerakkan ke lokasi kejadian sejauh 42 km.

Beliau berkata tanah runtuh itu yang membawa dahan pokok dan batu telah menutup separuh jalan, namun tidak melibatkan mangsa.

Sabarodzi berkata anggota terlibat melakukan kerja memotong dan mengalihkan pokok selain operasi dibantu syarikat konsesi Belati Wangsa yang membawa jengkaut untuk menolak tanah dan batu.

"Setelah anggota membuat pemeriksaan dan memastikan tiada lagi bahaya lain, kerja pembersihan diserahkan kepada pihak Belati Wangsa untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Operasi tamat pada 5.10 petang dan hujan dilaporkan berhenti pada 6 petang tadi.

Terdahulu, satu rakaman video tanah runtuh dipercayai berlaku di Jalan Tapah ke Cameron Highlands tular di media sosial.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search