OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Banjir hanya sejam, derita berhari-hari

Banjir hanya sejam, derita berhari-hari

JASIN – Sebanyak 13 buah rumah di Kampung Asam Kumbang, Bemban di sini terjejas dalam kejadian banjir kilat susulan hujan lebat berterusan selama lebih dua jam awal pagi tadi.

Tinjauan Kosmo! di lokasi mendapati paras  air mencecah lebih satu meter sehingga menenggelamkan rumah dan beberapa kenderaan penduduk, sekali gus mengakibatkan kerugian besar kepada mangsa.

Seorang penduduk, Huzir Ali, 60, berkata, hujan lebat bermula pada pukul 7 pagi sebelum air naik dengan cepat sehingga menyebabkan semua barangan dalam rumah termasuk perabot dan perkakas elektrik musnah.

“Air naik lebih satu meter dan dalam masa singkat satu rumah tenggelam. Motosikal saya turut tenggelam, manakala perabot, barangan elektrik dan kelengkapan rumah rosak. Paling bimbang bekalan elektrik kerana boleh membahayakan nyawa, mujur bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bantu,” katanya ketika ditemui Kosmo!.

Beliau mendakwa, kejadian banjir semakin buruk sejak pembangunan kawasan perumahan berhampiran selain keadaan sungai yang memerlukan penyelenggaraan secara lebih berkala.

Tinjauan lanjut Kosmo! di Kampung Lubuk Kasau berhampiran mendapati, beberapa kediaman turut terjejas dan ditenggelami air bah.

Sementara itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memaklumkan setakat ini tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka kerana kebanyakan mangsa memilih untuk berlindung di kediaman saudara-mara atau kembali ke rumah masing-masing selepas keadaan banjir pulih. – KOSMO! ONLINE

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search