OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

NADMA dilantik sebagai Pusat Tumpuan Nasional bawah UNFCCC

NADMA dilantik sebagai Pusat Tumpuan Nasional bawah UNFCCC

PUTRAJAYA, 8 Julai – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dilantik sebagai Pusat Tumpuan Nasional (NFP) bagi Dana untuk Menangani Kerugian dan Kerosakan (FRLD) bawah Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC).

Kenyataan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) memaklumkan, ia bertujuan memperkukuh akses Malaysia kepada pembiayaan antarabangsa berkaitan impak perubahan iklim.

Pelantikan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Ketujuh Majlis Tindakan Perubahan Iklim Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Mesyuarat tersebut turut meneliti empat kertas pertimbangan dan satu kertas makluman yang memberi fokus kepada usaha memperkukuh daya tahan negara terhadap impak perubahan iklim serta mempercepat pelaksanaan agenda pembangunan rendah karbon, ” menurut NRES.

Selain itu, tiga pelan tindakan strategik bagi menyokong Nationally Determined Contribution (NDC) 3.0 Malaysia kepada Perjanjian Paris iaitu Pelan Tindakan Peralihan Adil, Pelan Tindakan Gender serta Strategi Pembiayaan dan Pelaburan, juga dipertimbangkan.

Ketiga-tiga pelan tindakan ini menjadi pemangkin pelaksanaan komitmen iklim negara secara inklusif, adil dan mampan, demi memastikan manfaat peralihan kepada ekonomi rendah karbon dinikmati semua lapisan masyarakat.

Menurut kenyataan itu, perkara lain turut dibincangkan ialah persiapan penyertaan Malaysia ke Persidangan Negara-Negara Pihak Ke-31 UNFCCC (COP31) di Antalya, Türkiye.

Mesyuarat juga menerima pembentangan Laporan Iklim dan Pembangunan Negara (CCDR) yang diterbitkan Bank Dunia bagi dijadikan rujukan strategik bagi memperkukuh dasar pembangunan ekonomi rendah karbon negara.

Turut dibentangkan status pelaksanaan Program Bandar Rendah Karbon yang diterajui oleh Malaysia Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC).

Program ini terus menunjukkan kemajuan positif dalam menyokong pengurangan pelepasan gas rumah kaca serta memperkukuh pembangunan bandar yang mampan.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search