OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

LRA Bukit Chupak siap, masalah air 20 tahun di Gua Musang pulih

LRA Bukit Chupak siap, masalah air 20 tahun di Gua Musang pulih

GUA MUSANG – Penderitaan penduduk di daerah ini yang berdepan masalah bekalan  air sejak hampir 20 tahun lalu berakhir selepas Loji Rawatan  Air (LRA) Bukit Chupak bernilai RM70.76 juta beroperasi sepenuhnya pada hujung April lalu.

Bekalan Air & Rawatan

Pengerusi Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) Datuk Seri Ir. Jaseni Maidinsa berkata, loji berkapasiti 10 juta liter sehari itu membekalkan air terawat ke kawasan utama termasuk Bandar Utama, Bandar Lama, Taman Wangsa Mewangi dan kampung sekitar.

Katanya, projek tersebut turut meningkatkan rizab margin bekalan air kepada sekurang-kurangnya lima peratus berbanding sifar sebelum ini sekali gus menstabilkan tekanan air.

“LRA Bukit Chupak dilengkapi teknologi moden seperti sistem flexible low weir gate yang mampu meningkatkan paras air sungai sehingga 0.75 meter bagi memastikan sumber air mentah mencukupi terutama ketika musim kemarau.

“Selain itu penggunaan sistem automasi Sistem Kawalan Penyeliaan dan Pemerolehan Data (Scada) membolehkan pemantauan dan kawalan operasi dilakukan secara berpusat, sekali gus meningkatkan kecekapan dan menjamin kualiti bekalan air,” katanya selepas Majlis Perasmian LRA Bukit Chupak yang dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud di sini hari ini.

Jaseni memberitahu, beberapa kawasan sebelum ini bergelut dengan tekanan air rendah, gangguan bekalan berulang dan bergantung kepada sumber alternatif terutama ketika musim kemarau.

Ujarnya, loji tersebut siap sepenuhnya pada 28 April lalu itu kini memberi perubahan besar kepada kehidupan penduduk yang sekian lama menanggung kesukaran mendapatkan bekalan air bersih. – KOSMO! ONLINE

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search