OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Tangki gas bocor: Tiada gas beracun dikesan, kualiti udara normal

Tangki gas bocor: Tiada gas beracun dikesan, kualiti udara normal

JOHOR BAHRU: Kawasan Perindustrian Pasir Gudang tidak menunjukkan kehadiran gas beracun selepas berlaku kebocoran tangki bahan kimia di sebuah kilang pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Johor berkata, kejadian membabitkan kebocoran bahan kimia di bahagian bawah tangki Intermediate Bulk Container (IBC).

Beliau berkata, kandungannya dipercayai asid nitrik dengan anggaran kuantiti sebanyak 100 liter.

Katanya hasil pemeriksaan dan pengesanan di lokasi menggunakan peralatan khas mendapati kawasan terbabit tidak menunjukkan kehadiran gas beracun dan bacaan kualiti udara juga normal.

Menurutnya, anggota bomba menjalankan operasi bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan memantau keadaan di lokasi kejadian.

Katanya, bahan kimia terbabit dipindahkan oleh pihak syarikat ke dalam sistem 'scrubber' bagi mengelakkan ia merebak ke udara.

"Sampel bahan kimia juga diambil untuk tujuan pengujian dan analisis lanjut," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Terdahulu akhbar melaporkan bomba dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima aduan berkaitan pelepasan asap oren di kawasan berkenaan pada jam 12 tengah hari.

Keadaan terkawal pada jam 12.45 tengah hari dan operasi tamat pada jam 3.47 petang.

Sementara itu, Pengarah Alam Sekitar Johor, Dr Mohd Famey Yusoff berkata, setakat ini tiada laporan kejadian kemudaratan orang awam.

"Susulan kejadian pelepasan gas berwarna oren, pihak JAS sedang membuat pemantauan di dua lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan sensitif iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Pasir Putih dan SMK Pasir Gudang 3 bagi memantau kualiti udara.

"Setakat ini, bacaan kualiti udara di kawasan terbabit tidak menunjukkan apa-apa bacaan luar biasa," katanya ketika dihubungi.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search