OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Bangunan runtuh di Filipina: 2 rakyat Malaysia terkesan, seorang disahkan selamat - Kementerian Luar

Bangunan runtuh di Filipina: 2 rakyat Malaysia terkesan, seorang disahkan selamat - Kementerian Luar

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar mengesahkan dua rakyat negara ini terbabit dalam kejadian sebuah bangunan runtuh di bandar Angeles, utara ibu negara Manila, Filipina, di mana seorang disahkan selamat.

Wisma Putra dalam kenyataannya, berkata pihaknya kini sedang giat mengenal pasti status seorang lagi rakyat Malaysia yang terbabit dalam insiden berkenaan.

Katanya, pihak kedutaan sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi memantau keadaan warga negara yang selamat serta mengesahkan status dan keberadaan seorang lagi rakyat Malaysia yang terbabit.

"Pada masa yang sama, segala usaha sewajarnya sedang diambil bagi mengesan dan menghubungi waris kepada kedua-dua individu berkenaan," katanya, hari ini.

Beliau berkata, Wisma Putra sedang memantau dengan teliti perkembangan situasi berkenaan di mana operasi menyelamat sedang giat dijalankan bagi mengesan individu yang dikhuatiri terperangkap.

"Kementerian menzahirkan rasa simpati yang mendalam kepada semua pihak yang terkesan akibat insiden ini.

"Kedutaan Besar Malaysia di Manila sedang giat mengumpul maklumat sahih menerusi pihak berkuasa tempatan yang berkaitan bagi mengenal pasti keadaan sebenar di lapangan," katanya.

Beliau berkata, rakyat yang memerlukan bantuan konsular segera atau pihak yang ingin menyalurkan maklumat mengenai warga Malaysia lain yang kemungkinan berada di kawasan berkenaan, digesa untuk menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Manila.

"Mereka diminta menghubungi pihak kedutaan di menerusi talian am +63 286628200 dan kecemasan selepas waktu pejabat di +63 961 0778113 atau e-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

"Kementerian Luar akan terus menyalurkan maklumat lanjut seiring dengan perkembangan situasi dan selepas maklumat sahih diperolehi," katanya.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search