OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Asia berdepan ancaman ‘super’ kemarau selepas krisis tenaga

Asia berdepan ancaman ‘super’ kemarau selepas krisis tenaga

BANGKOK: Selepas dihimpit kesan konflik di Asia Barat, rantau Asia kini terpaksa bersiap sedia menghadapi fenomena El Nino kuat yang berisiko melonjakkan permintaan tenaga, melumpuhkan kuasa hidroelektrik dan merosakkan hasil tanaman. 

El Nino merupakan fenomena iklim semula jadi yang membawa perubahan corak angin, tekanan udara dan taburan hujan di seluruh dunia, di mana agensi cuaca Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangkakan ia boleh terbentuk seawal Mei hingga Julai. 

Pertubuhan Meteorologi Sedunia pula menyatakan tanda-tanda awal menunjukkan keadaan ini mungkin sangat kuat sehingga ada yang menggelarnya sebagai ‘super El Nino’.

Keadaan ini merupakan berita buruk bagi Asia kerana fenomena tersebut mengalihkan corak cuaca tradisional, seperti memindahkan hujan yang biasanya turun di Indonesia ke kawasan laut, sehingga menyebabkan negara itu terdedah kepada kemarau dan kebakaran hutan. 

Pakar iklim dari Universiti Monash, Peter van Rensch, menyatakan bahawa anomali bawah permukaan yang dikesan setakat ini hampir menyamai peristiwa El Nino 1997/1998 yang merupakan antara yang terkuat dalam sejarah. 

Walaupun masih terdapat ketidakpastian, peristiwa tahun 1997 telah membawa impak bencana dahsyat termasuk kebakaran hutan yang memusnahkan berjuta-juta hektar dan menyebabkan pencemaran udara serantau.

Pihak berkuasa Indonesia telah mengenal pasti kawasan tanah gambut yang berisiko dan memberi amaran bahawa negara itu mungkin melihat taburan hujan terendah dalam tempoh 30 tahun. 

Amaran ini muncul ketika Asia sedang bergelut dengan tekanan krisis bekalan tenaga dan kebimbangan terhadap kekurangan baja serta komponen industri lain yang melalui Selat Hormuz. 

Pakar kewangan tenaga, Haneea Isaad memberi amaran bahawa cuaca yang lebih panas akan memberi tekanan kepada grid tenaga sedia ada.

Ia akan menyebabkan negara yang sangat bergantung kepada Selat Hormuz untuk penghantaran minyak dan gas akan berdepan dengan catuan bahan api dan pengurangan aktiviti ekonomi yang akhirnya menjejaskan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).  – AFP

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search