OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

21 rumah rosak dibadai ribut

21 rumah rosak dibadai ribut

REMBAU – Sekurang-kurangnya 21 buah rumah dan tiga kedai Majlis Daerah Rembau (MDR) terjejas ekoran hujan lebat disertai ribut dalam kejadian di Pedas, di sini, pukul 3.30 petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Pengurusan Bencana Daerah (JKPBD) Rembau, Mohd Zamri Mohd Esa berkata, setakat pukul 8.30 malam, pihaknya menerima laporan tersebut dari Jawatankuasa Pembangunan dan

Keselamatan Kampung (JPKK) membabitkan dua lokasi iaitu Kampung Pedas Hilir serta Taman Pedas Indah.

“Rumah kampung yang terjejas sekitar tiga buah, manakala di kawasan taman perumahan pula sebanyak 18 buah. Kita akan ajukan untuk kerja-kerja pembaikan bagi kerosakan ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari

ini.-KOSMO! ONLINE.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search