OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Paras air meningkat di beberapa kawasan Selangor

Paras air meningkat di beberapa kawasan Selangor

PETALING JAYA – Paras  air sungai di beberapa kawasan di Selangor dilaporkan meningkat susulan hujan berterusan sejak petang tadi.

Menerusi laman web Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor, bacaan terkini menunjukkan paras air di Taman Mayang, Petaling mencecah 18.01 meter, melepasi paras bahaya 18 meter dengan trend terus meningkat.

Di Kuala Selangor, paras air di Pintu  Air Ijok pula mencatatkan bacaan 3.34 meter, melebihi paras amaran 3.1 meter, namun trend dilaporkan tidak berubah.

Sementara itu di Klang, bacaan paras air di Taman Sri Muda berada pada tahap normal iaitu 0.98 meter, namun menunjukkan trend menaik.

Dalam perkembangan berkaitan, siren amaran banjir di Taman Sri Muda diaktifkan pada pukul 5.06 petang, manakala di Bukit Rimau, isyarat bahaya dilaporkan telah berakhir pada pukul 5.13 petang.

Bagaimanapun, di Gombak, stesen Sungai Choh mencatatkan isyarat bahaya bermula pukul 5 petang. – KOSMO! ONLINE

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search