OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Paras air di empangan naik selepas pembenihan awan

Paras air di empangan naik selepas pembenihan awan

SUBANG: Paras air di beberapa empangan di wilayah utara negara mencatat peningkatan kecil dan menunjukkan isyarat awal keberkesanan operasi pembenihan awan dilaksanakan kerajaan sejak semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, paras air di dua empangan iaitu Empangan Timah Tasoh di Perlis dan Empangan Pedu, Kedah mencatatkan kenaikan berbanding sebelum ini.

Keberkesanan operasi itu dipantau berterusan melalui analisis data cuaca dan jumlah taburan hujan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

“Semalam paras air me­nunjukkan sedikit peningkatan sekitar 0.01 meter di Empangan Timah Tasoh dan Empangan Pedu manakala di kawasan lain masih belum mencatatkan sebarang perubahan.

“Peningkatan ketara hanya boleh berlaku sekiranya hujan turun secara berterusan. Jadi kita harap hujan dapat berlaku hari ini, diikuti esok dan hari-hari seterusnya,” katanya selepas meninjau Operasi Pembenihan Awan (OPA) yang diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di Pangkalan Udara Sudang di sini, semalam.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, penghasilan hujan daripada OPA bukan sahaja dapat meredakan suhu panas malah membantu meningkatkan paras air di empangan.

“Kegagalan menangani isu ini secara berkesan, beri kesan rantaian terhadap bekalan makanan, pendapatan komuniti luar bandar serta kestabilan ekosistem setempat,” katanya.

Operasi kali ini memberi fokus kepada 11 empangan utama yang dalam kategori waspada, amaran dan kritikal melibatkan tiga ne­geri di utara iaitu Perak, Kedah dan Perlis, serta satu kawasan di selatan Semenanjung iaitu Johor bermula 6 hingga 8 April 2026.

“Empat siri OPA akan bertumpu di Empangan Timah Tasoh di Perlis. Empangan Ahning, Pedu dan Muda (Kedah), Empangan Temenggor dan Bukit Merah (Perak) serta Empangan Lebam, Upper Layang, Lower Layang, Gunung Pulai dan Machap (Johor),” katanya. – UTUSAN

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search