OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Banjir Sabah: 483 orang masih berlindung di PPS pagi ini

Banjir Sabah: 483 orang masih berlindung di PPS pagi ini

KOTA KINABALU: Sebanyak 483 orang daripada 182 keluarga terjejas banjir di Sabah masih berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS), setakat 8 pagi ini.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan bahawa jumlah itu menurun berbanding 557 orang daripada 172 keluarga berdasarkan rekod pada 8 malam tadi.

"Kesemua mangsa yang merupakan penduduk dari 93 kampung di Beaufort itu ditempatkan di PPS Dewan Dun Banir," menurut kenyataan itu hari ini.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan tiada hujan di Sabah pagi ini, namun beberapa tempat di kawasan pedalaman dijangka mengalami ribut petir serta hujan pada sebelah petang dan malam. – BERNAMA

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search