OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Korban letupan lombong arang batu di India meningkat kepada 27 mangsa

Korban letupan lombong arang batu di India meningkat kepada 27 mangsa

NEW DELHI: Angka korban dalam kejadian letupan lombong arang batu di negeri Meghalaya, India meningkat kepada 27 orang dengan operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Operasi masih diteruskan susulan letupan di kawasan East Jaintia Hills, dengan beberapa lagi mayat dibawa keluar, menurut penyiar awam All India Radio.

Terdahulu, Ketua Menteri Meghalaya, Conrad Sangma, berkata letupan berkenaan berlaku di sebuah lombong arang batu haram.

Sangma berkata kerajaan telah mengarahkan satu siasatan menyeluruh dijalankan berhubung kejadian itu.Β Polis telah membuka kertas siasatan dan menahan dua individu berhubung letupan itu.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search